Ahad, Mei 19, 2013


Bila dah kalah, Si Nizar Lilin tu merajuk sampai isu yang begini sensitif pun dia tak nak masuk campur? Kot ye pun GILA Kuasa, jangan sampai Islam pun nak digadaikan jugak!!!
Majlis Permuafakatan NGO Islam Perak (Mampan) membantah permohonan semakan kehakiman oleh M Indira Gandhi, isteri K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah yang membatalkan sijil pengislaman anak-anak mereka di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Wakilnya, Suhaimi Latip berkata, Mampan mendesak semua pihak melihat isu pembatalan sijil pengislaman itu sebagai perkara yang berat dan serius.Menurutnya, kes tersebut perlu campur tangan pihak berwajib bagi memastikan kesucian Islam dan perundangan Islam dipelihara.

“Kita minta pihak berwajib melantik hakim beragama Islam dan memahami Islam untuk mengendalikan kes ini.

“Kita tidak mahu kes ini menjadi rujukan atau pendahulu kepada kes seumpamanya jika mereka menang,” katanya selepas Solat Jumaat di Masjid  Negeri Sultan Idris Shah II, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia cawangan Ipoh, Mohamad Hafiz Ng Abdullah; Pengerusi Persatuan India Muslim Perak, Arif Aliah dan wakil Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Roshidi Shahari.

Suhaimi yang juga Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Perak memaklumkan, pihaknya sedang menggerakkan usaha bagi mengadap Yang Dipertuan Agong dan Sultan Perak bagi menzahirkan isu ini supaya ia mendapat perhatian sewajarnya.

“Umat Islam diajak berterusan bermunajat kepada ALLAH SWT dengan mengadakan solat hajat serta berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dan tidak berlaku pembatalan sijil pengislaman.

“Kita mahu umat Islam di Perak dan seluruh negara memahami isu ini serta menyokong bantahan,” tegasnya.

Untuk tindakan bantahan dalam tempoh masa terdekat, beliau meminta orang ramai yang berkelapangan hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada 28 Mei untuk berhimpun secara aman bagi membantah tindakan berkenaan.

Pada 12 April 2009, Mohd Ridzuan membawa tiga anaknya iaitu Umu Salamah, 16; Abu Bakar, 14 dan Umu Habibah, 5, memeluk Islam tanpa pengetahuan Indira.

Pengislaman ketiga-tiga anaknya dibantah Indira yang memohon pembatalan sijil pengislaman di Mahkamah Tinggi Ipoh dan kes itu sudah dua kali didengar di mahkamah berkenaan.
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Dieorg mane kesah, perjuangan dieorg hanyalah utk dptkan kerusi, kalau tak boleh dpt kerusi, takdenye dieorg nak ambik kesah. Lg pun, kalau setakat masuk Islam, tak masuk kumpulan dieorg, bg dieorg takde maknenye Islampun.

    BalasPadam
  2. Umno harus masuk campur utk pertahankan kesucian Islam

    BalasPadam
  3. PAS bacul itulah islam baru di Msia ISLAM PAS

    BalasPadam
  4. mana dia haprak cacai bertaik yg beguling2 atas jalanraya dulu tu..haramjadah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping