Inilah masalahnya bila suka sangat ambik calon main serkap jarang. Penyudahnya menyusahkan orang lain pulak. Bukannya dia nak menyenangkan orang.
Bila nak jadi calon ni, kita kena pastikan yang diri kita ni MAMPU. Kalau dalam Islam, istilah MAMPU ni merangkumi seluruh aspek. Bukan sekadar MAMPU jadi pemimpin.
Kalau nak jadi calon tu kena pastikan yang dia mampu untuk menyelesaikan masalah. Malah dia juga kena mampu dari segi kewangan untuk membantu orang lain.
Ini tidak. Setakat mampu bercakap je baik tak payah. Buat mengabihkan masa je. Lepas tu mampu untuk mintak sedekah. Apa gunanya dia kepada rakyat?
Itulah tanda 'Bijak' sangat ADUN PAS sorang ni. Dia dah tau yang dia hanya ada kemampuan untuk mintak derma dari orang, apa kejadahnya dia nak jadi calon?
Kalau setakat jadi ADUN lepas tu kerjanya mintak sedekah dari rakyat, baik la dia duduk rumah. Jaga anak isteri dan keluarga, ada jugak la faedahnya.
Yang bijaknya tu, dia jadikan alasan, kononnya sedekah tu untuk dia nak bukak Pusat Khidmat DUN. Ai! Nak bukak pejabat pun mintak duit dari rakyat jugak ke?
Bukan ke selama hari ini puak - puak Parti Angguk Saja tu dok sibuk kata diorang nak menjaga Kebajikan Rakyat? Sekarang ni dah terbalik la ye?
Dah rakyat pulak kena jaga Kebajikan diorang. Pemimpin jenis apa kalau macam tu? Kalau dia sendiri tak mampu nak jaga kebajikan diri dia sendiri, macam mana dia nak jaga Kebajikan Rakyat!!! Buat rugi je rakyat pilih dia jadi ADUN kalau macam tu!!!
Ps: Jangan pulak lepas ni dia jadi macam 'ADUN - ADUN' lain dalam Pakatan di Pahang ni sudah la. Bila tak de duit, tau pulak datang mintak sedekah dengan orang UMNO!!!
salam satu perjuangan..mohon di pautkan blog disini,blog tuan sudah dipautkan..tq
BalasPadam