Hehehe... tersenyum pulak SH sorang - sorang tengah malam semalam bila baca kisah dari sahabat - sahabat SH ni dalam laman Facebook. Terhibur jugak la rasa hati.
Yang pertama mengenai persoalan masalah air di Kuantan. Kalau sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu, Si Fuziah tu sibuk pukul canang kata air tak de di Kuantan.
Puas la dia pukul kompang dan menuduh kilang Lynas dah mencuri air dari penduduk - penduduk di Kuantan. Itu la modal dia dalam ceramah.
Tapi, bila dia dah diumumkan sebagai pemenang dan kekal jadi Ahli Parlimen Kuantan, tetiba isu air ni hilang begitu sahaja. Dah selesai ke masalah air di Kuantan tu?
Hebat kan pemimpin PKR sorang ni. Dia boleh hilangkan isu dengan sekelip mata. Pun bukan dia jugak yang buat kerja. Orang lain juga yang berusaha.
Jadi, tak salah la kalau seorang lagi sahabat SH ni buat lawak yang memang ditujukan khas buat Si Fuziah tu. Layan beb, jangan tak layan!!! Yang Si Fuziah tu jangan marah pulak. Kalau marah nanti takut kena radiasi pulak!!! Hahaha!!!
Isteri saya tanya, "Bila nak bayar bil air dengan bil letrik bulan ni?" Saya jawab, "Tunggu la..."
Isteri saya tanya lagi, "Nak tunggu apa? Nanti dah kena potong macam mana?" Sekali lagi saya jawab, "Tunggu la..."Isteri saya pun heran. "Tunggu... tunggu... nak tunggu apa?" Saya jawab, "Tunggu Fuziah balik ke Pusat Khidmat dia. Boleh mintak dengan dia..."Terus isteri saya membebel, "Bertuah la kalau nak tunggu dia balik. Memang ada peluang la api dengan air rumah ni kena potong. Nak tunggu Si Fuziah tu balik, 5 tahun lagi la baru nampak muka dia!!!"
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.