Rabu, Mei 08, 2013


Heh! Harapan setinggi gunung. Ada hati nak bertanding lagi konon. Dah kalah pun masih tak sedar diri lagi ke? Tolong la wei!!! Kadar - kadar la diri tu sikit.

Hidup jangan selalu nak menongkat langit. Jangan suka sangat berangan benda yang bukan - bukan. Bila dah kalah tu, kalah je la. Jangan cari publisiti murahan.

Hakikatnya, rakyat memang tak nak dia jadi pemimpin. Rakyat tak nak orang yang suka berlagak tak tentu arah ni jadi wakil mereka.

Masa berkempen tempoh hari, Si Dayangku Intan ni juga yang mendabik dada kata dia ada kredibiliti untuk jadi pemimpin sebab dia 'popular' dikalangan rakyat.

Popular kat atas pentas, menyanyi dan melalak buat apa!!! Tu bukannya ciri - ciri pemimpin yang rakyat cari. Rakyat tak nak pemimpin yang setakat pandai menyanyi.

Rakyat mahukan seorang pemimpin yang benar - benar mampu untuk menjaga Kebajikan mereka. Yang mampu menyelesaikan masalah. Bukan yang popular sebab menyanyi.

Kalau setakat nak bersandarkan kepada 'Populariti' sebagai seorang penyanyi, ramai lagi yang lebih layak dari Si Dayangku Intan ni. Jadi, tak payah la dia nak berlagak sangat.

Pesan SH buat Dayangku Intan. Kalau nak jugak bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang, sila kumpul duit sendiri. Jangan sibuk nak mintak sedekah.

Nak jadi pemimpin macam mana kalau duit sendiri pun tak ada? Nak jadi pemimpin macam mana kalau kewangan sendiri pun dia tak mampu nak uruskan?

SH ulangi. Kadarkan diri tu dulu. Cermin diri betul - betul. Istikarah banyak - banyak. Jangan rasa diri tu bagus sangat. Dan yang paling penting, JANGAN MENYUSAHKAN ORANG!!!
Menurut Dayang, walaupun kecewa dengan keputusan itu, namun semangatnya untuk membela nasib di Pengerang tetap utuh.

"Kekalahan ini bukanlah bererti saya perlu berundur dari dunia politik. Saya tetap mempunyai kelompok penyokong yang tersendiri.

"Malah, perjuangan saya dalam membela nasib mereka masih perlu diteruskan. Insya-ALLAH, jika diberi peluang untuk pilihan raya akan datang, saya akan terus bertanding.

"Saya akan tetap berjuang dan membantu selagi terdaya. Saya juga akan seimbangkan aktiviti seni seperti nyanyian yang sebati dalam diri," katanya yang mengakui akan berjuang secara ikhlas dalam dunia politik.
Categories: , , ,

5 ulasan:

  1. Bela nasib pengerang?

    BalasPadam
  2. Berapa dapat kumpul dalam bank CIMB masa nak pilihanaraya hari tu?

    BalasPadam
  3. dia org PENGGERANG ke?

    BalasPadam
  4. Ada hati nak bela nasib org pengerang? Mimpi ke apa aku ni? Apa background dia? Lawyer? Economist? Engineer? Hahaha .....

    BalasPadam
  5. Dah, saya dah bakul-sampahkan cd-cd dan tak ingin mendendangkan lagu-lagu dia lagi. Menyesal.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping