Berikutan pendedahan yang dibuat melalui media arus perdana dan media alam siber, kini rakyat di Bentong sendiri mula tertanya - tanya.
Persoalan yang ditimbulkan sehingga hari ini masih GAGAL dijelaskan oleh Si Wong Tak tu. Dia hanya ulang skrip - skrip lama. Balik - balik cerita pasal nak tutup kilang Lynas.
Nak! Sekarang rakyat di Bentong khabarnya akan menyediakan Tong Minyak untuk Wong Tak ekoran kenyataan yang dia buat sebelum ini.
Dia nak sangat bakar kilang Lynas tu kan? Nah! Penduduk di Bentong dah siap tong minyak untuk dia. Kalau lepas PRU nanti, kita tengok, dia berani bakar atau tidak.
Selain isu provokasi nak bakar kilang Lynas tu, rakyat di Bentong membangkitkan pula isu kerakyataan Si Wong Tak tu dan menjadikan ianya satu persoalan.
Di mana letaknya kesetiaan Wong Tak sebagai rakyat Malaysia sehingga dia sanggup menukar kerakyatannya sewaktu berada di Kanada?
Ke mana hilangnya jati diri dia sebagai anak Malaysia? Adakah dia tak bangga jadi rakyat Malaysia sampai sanggup terima kerakyatan dari Negara lain?
Itu satu persoalan yang masih enggan dijelaskan kepada rakyat. Walaupun Si Wong Tak kata itu isu lama, tetapi ianya masih menjadi persoalan.
Bagi rakyat bawahan, mereka melihat perkara tersebut sebagai satu perkara yang cukup serius. Andai kata apa - apa berlaku, Wong Tak senang - senang je boleh cabut lari.
Bila Si Wong Tak tu kalah nanti, dia boleh lari balik ke Kanada. Yang tinggal, rakyat terkontang kanting tanpa hala tuju. Bukan ke itu satu persoalan yang perlu diberi perhatian?
Nah! Satu lagi persoalan yang masih bermain difikiran rakyat ialah mengenai harta kekayaan Si Wong Tak tu sendiri. Dari mana dia dapat duit yang banyak?
Sebelum ini, dia dikhabarkan telah melarikan diri dari Pahang atas alasan mengalami masalah kewangan. Tapi, macam mana pulak dia mampu nak beli tanah?
Tanah pulak bukan sikit - sikit beb. Lebih daripada 1000 ekar!!! Habis semuanya ditanam dengan Kelapa Sawit. Kalau orang yang ada masalah kewangan, mampu ke dia nak beli?
Dah tentu isu tersebut menjadi bahan utama dalam perbualan pakcik - pakcik di kedai kopi. Dan sampai hari ini, Wong Tak masih GAGAL untuk menjelaskannya. Mungkin dia dah siap kemas barang dan nak balik Kanada kot. Tu pasal la dia tak jawab isu tu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.