Sabtu, Mei 04, 2013


Menarik untuk kita baca cerita sebenar pasal jam Omega ni. Meh sama - sama kita renungkan apa yang nak disampaikan oleh bekas Peguam Si Ketua Penipu tu sendiri. Jangan pulak kita diselubungi 'Misteri'...
Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyedari kehilangan jam Omega pada hari sama video seks Datuk K mula ditayangkan di khalayak ramai dua tahun lalu, kata seorang bekas peguambela Anwar Ibrahim.
 
Yuktes Vijay berkata pada 23 Mac 2011, beliau bersama peguam lain dan beberapa pemimpin PKR berada di rumah Anwar di Segambut apabila desas-desus wartawan menonton video China Doll itu tersebar.
 
“Kami duduk menanti beliau, seketika kemudian, Anwar pun turun memakai singlet dan sarong dengan perut buncit. Ya. Pada ketika itu perutnya buncit,” kata Yuktes dalam memperinci pengalamannya berkerja dengan pasukan peguam Anwar.
 
Azizah sedar jam Omega hilang
 
“Seketika kemudian, Wan Azizah meluru ke arah Anwar dan berkata kepadanya ‘Bang jam dah hilang’,” kata beliau.
 
Pendedahan Yuktes menggemparkan kerana Azizah dan Anwar sebelum ini rata-rata menegaskan  jam itu  ada dalam simpanan mereka apabila Anwar dikaitkan dengan video seks membabitkan pelacur.
 
Yuktes berkata beliau hanya memberikan perhatian kepada kenyataan Azizah kira-kira seminggu selepas Shazryl Eskay mendedahkan bahawa beliau mempunyai jam itu.
 
Eskay mendakwa jam itu ditinggalkan oleh pelaku dalam video berkenaan di kamar hotel selepas mengadakan hubungan seks dengan pelacur berkenaan.
 
Yuktes berkata, meskipun beliau tersentak dengan misteri jam omega itu, “saya mengambil pendirian ketika itu untuk terus dengan kerja saya..dan saya anggap yang dilakukan oleh Anwar adalah antara beliau dan isterinya,” kata Yuktes.
 
Dalam wawancara itu Yuktes mengupas bagaimana beliau bertukar daripada seorang “Anwarista” tegar kepada pengkritik Ketua Pembangkang itu selepas melihat perwatakannya dari dekat.
 
“Banyak benda yang saya sendiri perhatikan ketika perbicaraan dan di luar mahkamah membuat saya berfikir semula mengenai orang ini,” kata beliau.
Ps: Tunggu apa lagi Bang Non. Kalau apa yang Bekas Peguam dia cakap ni tak betul, ambik la tindakan. Takkan dia nak diam je kot. Kang kalau kami ulang, Bang Non nak saman pulak!!! Hahaha...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping