Jumaat, Mei 24, 2013



IPOH - Lidah rasmi Pas, Harakah didapati bersalah menyiarkan artikel fitnah terhadap seorang peguam lima tahun lalu, dan diarah membayar ganti rugi kepada peguam berkenaan.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Rasidah Chik pada 12 Julai 2011 yang memihak kepada peguam tersebut, Tun Mohammad Ammar Aziz.

Hakim Lee Swee Sing memutuskan demikian setelah menolak rayuan Ahmad Lutfi dan tiga yang lain untuk mengetepikan keputusan sebelum ini. 

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan tiga yang lain membayar ganti rugi RM50,000 kepada Tun Mohammad Ammar. Swee Sing juga memerintahkan pihak perayu membayar kos mahkamah. 

Menurut Swee Sing, mahkamah berpuas hati dengan keputusan Hakim Rasidah yang disifatkannya tepat dan tidak terkhilaf.

Pada 15 September 2009, Tun Mohamad Ammar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur memfailkan saman terhadap Ahmad Lutfi, bekas pemegang permit akhbar Harakah, Halim Arsyat dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd.

Beliau mendakwa artikel diterbitkan Harakah edisi Isnin, Bilangan 1,391 bertarikh 17 hingga 20 November 2008 berjudul Mukhriz Juga Didakwa Rasuah Politik? berunsur fitnah terhadapnya. 

Ps: Nah!!! Ini satu tamparan hebat buat akhbar lidah parti yang KONONnya memperjuangkan Islam tu. Jangan cakap orang lain je suka fitnah.

Sekarang lidah rasmi yang KONONnya tepat dari sumber tu pun nampak gayanya dah jauh tersasar dari sumber mereka.

Pun masih diorang nak kata yang diorang memperjuangkan Islam? Jangan setakat jual agama je brader!!! Perlaksanaan kena la ikut hukum - hukum Islam jugak!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping