Khamis, Mei 09, 2013


Hah!!! Sekarang baru la Si Ketua Penipu tu terhegeh - hegeh nak membetulkan kepimpinan dalam parti dia sendiri. Walhal, perkara ni awal - awal lagi dah diberi nasihat.

Tapi ada Si Ketua Penipu tu nak dengar? Tak de der!!! Dia bukannya percaya pada orang lain. Termasuk la isteri dan anak dia sendiri. Sekarang dah kena tikam.

Bukan orang UMNO yang tikam dia. Bukan orang BN yang tikam dia. Tapi Si Azmin Ali tu sendiri yang tikam dia dari belakang. Amacam? Sedap tak Bang Non?

Selama hari ini, Si Ketua Penipu tu ingat dia sorang je yang pandai untuk mengatur gerak langkah dalam arena Politik. Dia ingat, dia boleh berpolitik 24 jam.

Jangan kata kita yang berada diluar ni. Tapi orang dalam parti dia sendiri pun dah bosan dan muak dengan agenda Politiking 24jam Si Ketua Penipu tu.

Rakyat pun tak nak pemimpin yang hari - hari tabur fitnah. Rakyat tak nak pemimpin yang setakat pandai bercakap je kerjanya. Rakyat nak pemimpin yang ada kemampuan.

Rakyat nak pemimpin yang benar - benar menjaga kebajikan mereka. Bukan yang jenis tak reti nak mengaku kalah. Bukan jenis yang suka buat huru hara tak tentu arah.

Benda semudah itu pun masih Si Ketua Penipu tu tak tau ke? Bercakap bukan main sangat. Tapi dia satu hapah pun dia tak buat. Tau nak tuduh orang je kerjanya. Tu pasal la dia kena tikam dengan Si Azmin Ali tu!!! Baru la Padan dengan Muka Dia!!!
PETALING JAYA : Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam memulau perhimpunan Pakatan Rakyat untuk menolak keputusan PRU 13 dan sebaliknya mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan “politik melampau.”  
Dalam mesej tweetnya, Azmin menggesa Anwar supaya bermuhasabah dalam menilai kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
 
“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat,” kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor.
 
Azmin menggesa Anwar untuk menerima keputusan yang sudah dibuat oleh rakyat demi kepentingan dan masa depan negara.
 
“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara,” tambah Azmin.
 
“

Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal,” katanya.
 
“Gagal ke Putrajaya. Salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat,” kata Azmin dalam tweetnya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Ala Jijah pun...Bang Non pun nak jadi Perdana Menteri lamalama...Bang Non nak jadi Perdana Menteri 2 tahun sahaja...Bang Non dah janji kat semua orang China...depa dah tau dah...Pastu Bang Non bagila kat Lidah Bewak Kuang Engok tu...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping