Sabtu, Mei 04, 2013


Sudah terang lagi bersuluh. Hanya orang yang buta je tak nampak. Apa dendam diorang terhadap Si Ketua Penipu tu? Bukan ke diorang penyokong tegar Bang Non?

Habis, kenapa pulak Si Mat Syabun dan Si Mahfuz tu dilaporkan menjadi pengedar utama buku '50 Dalil Kenapa Anwar Tak Layak Jadi PM'? 

Memang nampak sangat yang puak - puak Parti Angguk Saja tu ada niat nak rakyat menolak Si Ketua Penipu tu dari menjejakkan kaki ke Pejabat Perdana Menteri.

Sebelum ini, diorang dah kantoi sebarkan surat suruh ahli - ahli dan penyokong - penyokong diorang undi calon PAS sahaja. Tu pun masih belum dinafikan lagi.

Jadi, kemungkinan untuk mereka mengedarkan buku tersebut adalah sesuatu yang tidak mustahil. Jika ianya tak benar, maka Si Mat Syabun dan Si Mahfuz tu perlu ambik tindakan. Saman la penerbit buku berkenaan. Tu pun kalau diorang berani la!!!
UTRAJAYA 4 Mei - Penerbit buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, beliau telah bersekongkol dengan beberapa pemimpin Pas bagi menghasilkan buku tersebut. 
Khairuddin yang juga seorang aktivis politik mendakwa, pada 1998 beliau bersama bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar telah berpakat menghasilkan buku itu.
"Saya berani bersumpah Wallahi Wabilahi Watallahi orang yang bersekongkol dengan saya pada 1998 bagi menerbitkan buku itu ialah bekas Presiden Pas, Mahfuz dan Mat Sabu. 
"Ini tiga pemimpin Pas yang bergabung dengan saya bagi menerbitkan buku 50 dalil melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim habis-habisan,’’ katanya dalam satu program di Taman Metropolitan di sini hari ini. 
Malah, katanya, bekas Presiden Pas, Mat Sabu dan Mahfuz pada waktu itu berkata Anwar Ibrahim bukan isu politik tetapi isu akidah agama. 
Bagaimanapun, menurut Khairuddin, kini beliau kecewa dengan perjuangan Pas yang sanggup bersekongkol pula dengan pihak yang ingin memusnahkan Islam. 
"Apakah mungkin orang macam itu hendak dilantik sebagai khalifah dan pimpin umat Islam?
"Saya bekerjasama dengan mereka atas dasar perjuangan Islam tetapi hari ini mereka sanggup bersekongkol dengan Anwar untuk mendapat kuasa mentadbir negara," katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping