Sabtu, Mei 04, 2013


Kalau ikutkan, nampak macam diorang ni semuanya alim sangat. Nampak macam lebih mengutamakan Islam dari lain - lain hal. Tapi hakikatnya?

Diorang hanya mempergunakan Islam demi kepentingan diri mereka semata - mata. Bab Islam semua tinggal. Yang penting, Politik. Jadi Islam diorang letak dimana?

Kalau kita baca kenyataan dari Si Pak Mus tu, nampak sangat dia sendiri lebih rela berserah kepada Nik Aziz dan Hadi Awang berkaitan dengan isu Sumpah Laknat.

Heran kan? Kenapa pulak dia lebih rela berserah pada dua orang manusia untuk menegakkan keadilan bagi dirinya sendiri? Kenapa dia tak mahu berserah kepada Allah?

Jika benar dia tidak melakukan apa yang telah dituduh sebelum ini, apa salahnya andaikata dia menegakkan Kebenaran dan berserah kepada Allah?

Angkat Sumpah Laknat dengan menyebut nama Allah dan nyatakan dengan jelas bahawa dia tidak terlibat dalam tuduhan yang dia buat. Pun susah sangat ke?

Kalau kita kata puak - puak PAS ni terlalu taksub dengan pemimpin - pemimpin mereka, diorang marah. Kalau kita kata pemimpin diorang tu bukan 'Maksum' pun diorang marah.

Tapi, bila kita lihat keadaan seperti ini, jelas penyokong tegar Parti Angguk Saja macam Pak Mus ni lebih mengagung - agungkan Nik Aziz dan Hadi Awang. Jadi, diorang nak cakap yang diorang ni pejuang Islam menda kejadahnya!!!
MARANG - Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata beliau bersedia melafazkan sumpah laknat berhubung video seks yang dikaitkan dengannya, jika isu itu menjejaskan parti itu.
   
Mustafa berkata beliau meminta pandangan dua pemimpin tertinggi Pas iaitu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perkara itu.
   
Bagaimanapun, katanya mereka memaklumkan bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.
   
"Jadi, sebab itu, walaupun macam-macam surat khabar sebut, saya tak kisah, tak gugur pun bulu roma saya, apa yang disebut surat khabar dan blog, saya masih boleh melaksanakan (tugas) dan tak jejas apa-apa.
   
"Ini adalah pandangan yang diberikan oleh autoriti dalam Pas, tak ada pandangan yang lebih tinggi selain Mursyidul Am dan Presiden yang mengatakan demikian," katanya dalam satu ucapan di Rusila malam tadi.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. x pelah...nnti jawab lar di akhirat....apa ada hal...larat ker nk mintak maaf pada seluruh rakyat Malaysia di Padang Mahsyar nnti....fikir2kan wahai mustafa ali....jika benar anda menipu...di akhirat kelak pasti anda akan bankrap....

    BalasPadam
  2. popular betul gambo stopa yg ini, mcm nk brgaduh pun ya, mcm nk x nyempat2 berebut nk masuk jamban pun ya, trgelak aku

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping