Siapa sangka beb. Di saat - saat akhir hari mengundi, Si Nurul Izzah ni telah ditikam oleh orang yang dikatakan penyokong kuat Mamanya sendiri.
Persoalannya, adakah ini semua taktik yang sengaja disimpan untuk menumbangkan legasi Kak Wan Omega dalam Parti Kencing Rakyat tu?
Kalau kita lihat kepada dakwaan yang dibuat oleh Bekas Setiausaha Si Mak Lampir tu sebelum ini, dia menuduh Kak Wan tak layak jadi Presiden.
Malah, dia juga turut mendedahkan bahawa Si Nurul Izzah tu mempunyai beberapa sikap yang orang tak mampu lihat dengan mata kasar.
Bekas Setiausaha Politik Zuraida Kamaruddin, Fareez K. Intidzam dilaporkan FMT berkata Nurul izzah adalah seorang yang sangat bijak memanipulasi keadaan dan rakyat dengan berbekalkan peribadi santun dan Islamik walhal hakikatnya moralnya adalah sangat buruk.
Menurut beliau, umat Islam harus kenang kembali bahawa Nurul Izzah secara terbuka pernah menyokong pelaksanaan akta kebebasan beragama dan hak LGBT andai Pakatan menang kelak.
Sebagai seorang Islam, tambah beliau setiap umat Islam sama ada ahli PKR, PAS, UMNO hatta DAP sekalipun harus sedar bahawa setinggi mana inspirasi politik, kedaulatan Islam tidak sepatutnya diinjak-injak sewenangnya.
Fareez juga mendakwa, indeks pencapaian prestasi (KPI ) khidmat Nurul Izzah kepada penduduk Lembah Pantai juga layak dipersoal.
Nah!!! Sehingga ke hari ini, Si Mak Lampir tu tak pernah menafikan dakwaan yang dibuat oleh Bekas Setiausahanya ini. Dia hanya mendiamkan diri.
Kalau betul Si Mak Lampir tu orang kuat kepada Mama Nurul Izzah, kenapa dia tak ambik tindakan? Kenapa dia tak bersuara dan mempertahankan Presidennya?
Nampak sangat ada sesuatu yang tak kena dalam isu ini. Mungkin Si Mak Lampir tu memang ada agenda dia sendiri. Mungkin dia pun nak hapuskan saingan dalam PKR.
Tinggal lagi, apa yang dinyatakan oleh Si Fareez tu ada kebenarannya. Si Nurul Izzah tu memang GAGAL memenuhi KPI sebagai seorang wakil rakyat.
Mungkin Si Nurul Izzah tu ingat dia anak Ketua Umum dan Presiden, semua tu tak penting. Sebab itulah dia buat kerja pun sambil lewa.
Kesimpulannya, PKR sendiri mengakui bahawa Si Nurul Izzah tu tak buat kerja untuk rakyat. Jadi, untuk apa rakyat di Lembah Pantai pilih dia semula untuk menjadi wakil rakyat mereka? Buat mengabihkan masa je!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!
Huh hebat jugak nurul izah main ais cream..kalau dipadankan dengan siazmin boleh kalah azmin dibuatnya..
BalasPadam