Selasa, Mei 07, 2013


Haduhai!!! Ini tajuk berita yang paling SH suka sekali. Memang tepat tajuk yang diberikan sebab ianya cukup untuk memberi gambaran mengenai Si Mat Syabu ni.

Tajuknya mudah; 'Mat Sabu Kecewa'. Kita tak payah baca panjang - panjang pun tak pe. Kesimpulannya dah dibuat dalam tajuk. Memang dia kecewa pun.

Kecewa sebab kalah. Kecewa sebab rakyat di Kedah tak terima dia sebagai pemimpin. Kecewa sebab ahli PAS sendiri tolak dia. Kesimpulannya, memang Mat Syabu kecewa.

Tapi yang lebih malangnya ialah sifat 'Sore Loser' yang jelas kelihatan pada diri orang yang kononnya memperjuangkan Islam ni. Sekarang mula dia nak cari salah orang pulak.

Bagi Mat Syabu, kekalahan dia di Pendang bukan sebab - sebab yang SH nyatakan diatas. Bukan sebab ahli PAS sendiri yang tolak dia. Bukan sebab rakyat.

Tapi sebab orang Siam keluar mengundi terlalu ramai. Dah pulak dah!!! Salah orang keluar mengundi pulak. Tak de lain nak tuduh orang Siam tu 'Pengundi Hantu' la tu.

Memang jelas orang macam Si Mat Syabu ni tak boleh nak terima kekalahan secara 'Gentleman'. Mesti nak kena ada benda lain jugak untuk dipersalahkan.

Kalau isu orang keluar mengundi luar biasa, semua tempat pun berlaku macam tu jugak Bang Mat oi!!! Nak pulak dikawasan yang dimenangi oleh DAPigs.

Sampai ada satu kawasan melebihi 95% jumlah keluar mengundi. Tapi tak de pulak orang pertikaikannya. Tak de pulak BN buat tuduhan yang bukan - bukan.

Sudah - sudah la Bang Mat!!! Terima je la kekalahan tu seadanya. Rakyat tak nak dia jadi pemimpin, nak buat macam mana. Ahli PAS sendiri pun menyampah. Dah itu ketentuan Allah, jadi tak payah la susah - susah dia nak pertikaikan pulak!!!
PENDANG - "Saya tidak terima kekalahan lagi."
Itulah yang ditegaskan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang ditewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Abdul bagi kerusi Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tewas pada calon BN itu yang memperoleh 32,165 undi dan menang dengan majoriti 2,638 undi

Mat Sabu sebelum ini kalah dalam dua PRU bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah pada 2004 dan Parlimen Kuala Terengganu pada 2008.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa kerana gagal mempertahan kerusi Parlimen Pendang yang disandang Datuk Dr Mohd Hayati Othman walaupun kawasan itu telah dikenali ramai sebagai kubu kuat Pas di Kedah.

“Saya kecewa kerana gagal pertahankan Parlimen Pendang namun saya tidak terima kekalahan ini lagi kerana saya akan buat kajian dan semak semula peratus undi Siam.

"Masyarakat Siam yang keluar mengundi di Sungai Tiang adalah luar biasa manakala di Tokai tidak mengalami masalah.

"Kemungkinan ada unsur-unsur penipuan di kawasan itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. pepatah rock ada menyebut "tak pandai menyanyi salahkan muzik" kah kah kah,

    BalasPadam
  2. Tahun 2008, kerajaan Kedah PAS terbentuk bukan pasal undi dari Siam banyak jugak ke? Lain kali jangan sokong komunis... kat Kedah tu dah banyak yang benci komunis. Lain la kat Ipoh ke, tempat anak menantu hang bermastautin. Lain kali jadi calon kat sane, cina komunis ipoh pasti beri undi solid untuk hang wahai mat syabun..

    BalasPadam
  3. Mst shabu kalak blame Siam. Anuar pulak blame spr...puaka dua. Kalau jenis tak berimankan qada dan qadar tu la jadinya...pejuang konon...

    Normah ada....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping