Khamis, Mei 30, 2013


Ibarat macam dajjal nak masuk ke rumah. Kita dah tau dah yang itu dajjal, takkan la kita nak jemput dia masuk ke rumah kita jugak kot? Kan ke bodoh namanya tu?

Sama la jugak keadaannya dengan Si Nurul Izzah tu. Rakyat Sabah sendiri pun dah tolak kepimpinan parti yang suka menipu. Jadi, dia nak salahkan sapa lagi?

Tanpa sebarang usul periksa dan bukti yang kukuh, Si Nurul Izzah tu dengan pantas menunding jari kepada BN dan Kerajaan Negeri Sabah sebab tak bagi dia masuk.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.

Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.

"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.

"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.
Tanpa segan silu, Si Nurul Izzah tu terus marah pada Barisan Nasional dengan pesanan yang berbaur ugutan. Pun dia harap orang nak berlembut dengan dia ke?

Sudah la Nurul. Tak payah la dia nak tunjuk lagak kalau setakat berani buat ugutan dalam laman twitter je. Kalau berani, buat la kenyataan media. 

Kita tengok, menggelupor ke tidak dia kena saman dek orang yang dia tuduh tu nanti. Zaman sekarang ni memang pantang ada yang silap sikit. Terus kena saman. Maklum la, Papa dia sendiri jugak yang cakap, "U ulang I saman U pulak!!!" Hahaha...
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. he he he...padan muka! Bapa borek borek borek..anak rintik rintik rintik.

    BalasPadam
  2. Aku suka tindakan km sabah... syabas, jangan bagi muka... yang nak menyibuk kat sabah tu kenapa lak

    BalasPadam
  3. km sabah harap jgnla dtg selangor.nnti awk plak dihalau

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping