Jumaat, Mei 17, 2013


Hanya itu sahaja kesimpulan yang kita boleh buat tatkala nama Si Nurul Izzah tu disebut - sebut menjadi 'Perasmi' kepada agenda CAEF ni.

Agenda CAEF adalah untuk mendesak pihak berkenaan agar mengadakan Pilihan Raya semula berikutan tuduhan yang dibuat sebelum ini.

Kononnya, kata mereka yang terlibat, Pilihan Raya Umum yang diadakan pada 5 Mei yang lalu telah dicemari dengan pelbagai Penipuan dan Penyelewengan.

Cuma yang kita hairan, kenapa mereka hanya mahu Pilihan Raya semula diadakan di kawasan - kawasan tertentu sahaja? Kenapa tidak semua sekali?

Jika mereka menuduh sistem Pilihan Raya yang dikendalikan oleh SPR terdapat kelemahan, penipuan dan penyelewengan, maka seluruh sistem itu perlu dibuat semula.

Bermakna, semua kawasan di seluruh Malaysia perlu dibubarkan dan dibuat Pilihan Raya semula. Bukan hanya tertumpu kepada 30 buah kawasan sahaja.

Ini termasuk la kawasan - kawasan yang dimenangi oleh puak - puak Pakatan Pembangkan tu sendiri seperti di Seputeh, Gelang Patah, Permatang Pauh dan Lembah Pantai.

Sekarang, kita tunggu pulak komen yang akan diberikan oleh Si Nurul Izzah mengenai agenda CAEF ni. Adakah dia bersetuju agar Pilihan Raya Umum diadakan semula secara keseluruhan termasuk Lembah Pantai atau dia akan terus mendiamkan diri???
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan merasmikan penubuhan "Cartoonists Against Election Fraud (CAEF)" atau Kartunis Lawan Penipuan Pilihanraya.

CAEF yang diusahakan oleh Zunar serta Kumpuan Kartunis Independen akan dirasmikan pada Sabtu 18 Mei, jam 3 -6 petang bertempat di Padang berhadapan Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Antara kartunis yang turut menyertai CAEF ialah Azman MatNoh, Nor Azlin Ngah (Jonos), Johnny Ong, Amir Hakim (Ahyat), Ronasina, Haili, Azmie Taha, Lawrence Jeyaraj, (Loren), Firdaus, Megat, Baba dan Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk).

Dalam PRU 13, Pakatan Rakyat mendapat 50.3% undi popular berbanding 46.8% oleh Barisan Nasional, namum Najib Tun Razak tetap ditabal sebagai Perdana Menteri.

"CAEF berpendirian bahawa Najib dan Barisan Nasional tidak mempunyai kelayakan dari segi perundangan untuk memerintah Malaysia. 

"Sehubungan itu, kami tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 dan mendesak sebuah pilihanraya diadakan semula paling minima di 30 Parlimen yang terbukti berlaku penipuan dengan pemantauan oleh badan berwibawa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," kata Zunar.
Categories: , , ,

6 ulasan:

  1. Zunar dan CAEF tu sapa? Adakah itu pertubuhan yang ada kredibiliti untuk kita ikut cakap mereka? Bodohnya sampai ketahap tak terfikir lagi

    BalasPadam
  2. adakan pilihanraya ditempat yg depa kalah aje...kasi kulummmaaaaaa.....itu je yg hang leh buat...

    BalasPadam
  3. Masalahnya si Zunar tu dah selalu lukis kartun mako argument dia supaya di buat pilihanraya semula pun macam kartun jugak...Zunar dunia kartun dan dunia politik..jauh berbeza....dunia kartun boleh berasaskan fantasi tapi dunia politik berasaskan realiti....!

    BalasPadam
  4. Dapat degree pun dengan jual diri tu la sbb dia ni bodoh..anak dgn bapa sama je..perasan. Dia ingat nak buat pilihanraya tak kena duit. Ni la orang yang habiskan duit rakyat dengan kerja tak berfaedah. Elok kau balik kat Lembah Pantai buat kerja wakil rakyat yang rakyat dah bagi, jangan dok menipu orang sana sini, kerja bagi Raja Nong Cik buat. Bodoh punya batina...

    BalasPadam
  5. Cakap senang, komen apa orang buat senang, mengata orang senang tapi cuba buat..bukan senang. Menang dekat lembah pantai, buat saja kerja,nak buat pilihanraya semula YB lembah pantai nak keluar duit ke... Tentang kartunis tu...kita jangan risau, otak karton hanya budak-budak saja yang suka, lepas baca dia ketawa dan lepas tu lupa.

    BalasPadam
  6. Yakin BENOR mereka ?
    Suruh BAPAK DIA derma sebahagian Duit dari Akaun 3Bilion tu.....

    Takkanlah nak menyusahkan Rakyat pulak nak tanggung Kos PRU.....

    Sebahagian lagi di Laburkan untuk merasuah pengundi hantu PR....

    Yang balance pulak untuk Kos Syarat Undi yang baru....
    Kalau PRU13 pakai Dakwat yang didakwa Tak Kekal itu....

    Jadi PRU13(siri ulangan) Ambiga mungkin ada cadang lain pulak....
    Hot Stamping kat Tapak Tangan...pasti kekal buat selama-lamanya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping