SH setuju dengan saranan yang diberikan. Sejujurnya, Kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang ni perlu memberikan tumpuan kepada Negeri yang mereka menang.
Lupakan aje la Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Tumpukan pembangunan dikawasan - kawasan utama yang selama ini menjadi kubu kuat BN.
Kalau dibantu pun kawasan yang kini menjadi kawasan Pakatan, bukannya diorang nak menghargai tanggungjawab Kerajaan. Malah ada yang mencemuh.
Tak kurang jugak yang sekadar menumpang nama. Walhal, wakil rakyat Pakatan tu tak de buat apa pun dikawasan tersebut. Setakat tumpang nama atas usaha orang lain.
Sebagai contoh di Kuantan sendiri. Penyediaan Prasarana untuk rakyat seperti Rapid Kuantan adalah inisiatif Kerajaan Barisan Nasional.
Tetapi ianya telah diambil kesempatan oleh Ahli Parlimen Kuantan dan dijadikan modal untuk dia berpolitik. Ada dia menghargai inisiatif Kerajaan? Tak de der!!!
Sebaliknya, dia pulak yang mewar - warkan kononnya inisiatif itu dia yang perjuangkan dalam sidang Parlimen. Habis dia pukul canang kat dalam laman media sosial.
Begitu juga dengan perumahan rakyat yang jelas dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri. Pun Si Fuziah tu mengaku kononnya dia yang mendesak pihak Kerajaan agar mewujudkannya.
Dan jangan pelik kalau Si Fuziah tu nanti akan mengaku pulak kata dia yang berusaha dalam mendesak Kerajaan Negeri membina lebih banyak Loji Rawatan Air untuk rakyat.
Inisiatif tu dah lama dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri. Dan menjadi satu perkara yang tak menghairan kalau Fuziah mengaku kata dia yang cadangkan supaya Loji Panching dibina.
Nah!!! Sekarang dah tiba masanya untuk mereka pulak buat kerja atas usaha mereka sendiri. Tak perlu lagi pihak Kerajaan membantu mereka ini. Buat mengabihkan masa je.
Kerajaan penat memerah otak, mencari jalan untuk memajukan serta membangunkan Negara demi untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.
Yang wakil rakyat Pakatan pulak sibuk dok tabur fitnah tak tentu arah dan berterusan memburuk - burukkan Kerajaan. Kalau setakat jadi wakil rakyat goyang kaki buat apa!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!
juga kurangkan pembangunan dikawasan bandar yang ditumpu oleh kaum cina...
BalasPadamaku sokong... tumpukan kepada negeri BN, dan kawasan parlimen/dun BN aja... jgn kasi mua sangat.. teruskan BR1m utk rakyat yang dibawah dun/prlimen BN sahaja...... pembangkang tak heran benda2 tu semua...
BalasPadam