Itu luahan rasa hati sahabat SH mengenai kekecohan yang berlaku di Stadium Darul Makmur Selasa lalu. Nampak gayanya, isu tu masih berpanjangan.
Semalam, Majlis Belia Negeri Pahang dengan sokongan dari The Elephant Army serta Persatuan Anak Pahang bergabung tenaga membantu Persatuan Bolasepak Pahang.
Mereka melancarkan kutipan derma bagi tujuan untuk membantu PBNP membayar denda yang dikenakan oleh FAM sebanyak RM 100,000.00.
Namun, hari ini PBNJ dilihat seolah - olah masih angkuh dengan dakwaan yang bukan - bukan terhadap FAM kerana dikatakan berat sebelah.
Nak berat sebelah macam mana lagi? PBNP didenda RM 100ribu sedangkan PBNJ hanya dikenakan denda sebanyak RM 20ribu.
Sebab apa PBNJ dikenakan denda sebanyak RM 20ribu? Sebab diorang dah balik sebelum cukup waktunya. Tak sampai 90 minit, diorang dah blah.
Dalam pukul 9.30, sebelum pengumuman OCPD Kuantan kata perlawanan boleh diteruskan, pemain - pemain Johor dah balik ke hotel. Sebab itu diorang kena denda.
Diulangi, Pemain - Pemain Johor dah Balik sebelum cukup tempoh 90 Minit. Pemain - pemain Pahang semua dah tunggu atas padang untuk berentap.
Andaikata pemain Johor tak balik selepas OCPD Kuantan kata perlawanan boleh diteruskan, tak mungkin kekecohan akan berlaku. Perlawanan boleh diteruskan.
Pun diorang nak kata yang FAM berat sebelah? Agak - agak la wei!!! PBNJ dapat main ditempat sendiri, sedangkan Pahang kena pulak pergi ke tempat lain.
PBNJ diberi tiket sebanyak 20,000 untuk para penyokong dia di Bukit Jalil. PBNP hanya dapat 200 keping je masa bertandang ke Larkin. Pun tak adil lagi?
PBNJ nak FAM bertindak adil setara mana gamaknya ye? Nak FAM bagi diorang kemenangan mudah tanpa perlu melalui sebarang pertandingan?
Kalau nak diikutkan, hari tu PBNJ dah pun tewas 3 - 0 kerana mereka telah meninggalkan tempat perlawanan sebelum cukup tempoh 90 minit. Itu undang - undang FIFA.
Nak FAM ambik tindakan macam tu ke baru PBNJ boleh dikira sebagai satu tindakan yang adil? Bagi diorang main pun dah kira bagus. Jangan la nak tunding jari pada orang pulak.
Andaikata PBNJ tewas kepada pasukan Pahang Sabtu nanti, adakah diorang akan terima keputusan tersebut? Adakah diorang akan akur dengannya? SH takut diorang tak mampu nak terima kebenaran je. Kang ada yang buat Himpunan Blackout pulak!!!
klo bkn penonton pahang yg belebihan, pasti johor turun padang. belebihan plk tu mcm tengok bola kat kg aku jer dulu2. membahayakan kesihatan.....
BalasPadamUtamakan Keselamatan Dulu
BalasPadamUtamakan keselamatan dahulu
BalasPadamUtamakan keselamatan dulu
BalasPadamstadium da penuh mcm reban ayam xkan nk main..ko ingt nie liga kampung ke ape..fikir dlu sebelum tulis..
BalasPadamsekali bodoh selamanya bodoh...
BalasPadam