Lebih 500 orang pengundi menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi Parlimen Lembah Pantai di Sekolah Rendah Bukit Pantai.
Sebanyak 6 saluran disediakan bagi memudahkan proses pengundian. Saluran 1 dan 2 disediakan bagi pemgundi warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).
Proses mengundi mula berjalan jam 8 pagi tadi. Persiapan peralatan, peti undi dan taklimat kepada pegawai bertugas dimulakan dari jam 7 pagi hingga 8 pagi tadi.
Penyandang kerusi parlimen itu, Nurul Izzah Anwar dijangka tiba untuk mengundi pada jam 8.30 pagi.
Jumlah pengundi berdasarkan daftar pemilih yang sah di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai adalah seramai 3,247 orang.
Komposisi pengundi yang dipecahkan mengikut kaum bagi pengundi di sekolah ini adalah 50 peratus pengundi Melayu, 23 peratus pengundi Cina, kaum India seramai 20 peratus manakal 2 peratus lagi adalah lain-lain kaum.
Parlimen Lembah Pantai menyaksikan pertandingan 3 penjuru daripada Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin daripada BN, Nurul Izzah daripada PKR dan seorang calon bebas, Rusli Baba.
Seorang pengundi warga emas, Akambaran a/l Vengadasalam, 77 berpendapat berlaku pertandingan sengit di antara 3 calon ini bagi Parlimen Lembah Pantai.
"Kedua-dua calon BN dan PKR mempunyai peratusan kemenangan yang sama rata, berbanding calon bebas," kata beliau.
Akambaran turut berharap ahli parlimen baru bagi PRU13 ini dapat mengotakan janji seperti mana yang dijanjukan di dalam manifesto masing-masing.
Ada beberapa pihak cuba melakukan provokasi berkenaan dakwat kekal di hadapan kawasan mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai sekitar jam 10 pagi tadi.
Pihak berkenaan memanggil beberapa orang pengundi dengan membersihkan dakwat kekal di jari telunjuk pengundi menggunakan sabun dan berus besi pembasuh pinggan.
Mereka mendakwa dakwat tersebut boleh hilang dengan segera walaupun mereka baru sahaja selesai mengundi kurang dari satu jam.
Namun yang pasti, dakwat tersebut sukar dihilangkan sepenuhnya kerana walaubagaimana cara digunakan masih terdapat sedikit kesan di jari pengundi.
Sehingga jam 10.30 pagi ini, hampir seribu pengundi di Lembah Pantai menjalankan tanggungjawab di SK Bukit Pantai. Keadaan masih tenang dan dikawal oleh pihak keselamatan dan SPR.
tipu undi.sial.
BalasPadam