Seorang sahabat SH bertanya : " Bro, Si Tipah Koyak ni bukan pemimpin Pakatan ke?" SH jawab, "Itu kena tanya kat Si Mat Muka Bulan tu la."
Sahabat SH jelaskan kenapa dia tanya soalan tu - "Tak de la. Bukan ke puak - puak Pakatan tu kata diorang tak de kaitan dengan Himpunan 'Malaysia Spring' sebelum ini.
"Tapi kenapa pulak bila Si Mahasewel tu kena tahan, puak - puak pemimpin Pakatan macam Si Tipah Koyak tu beria - ia sangat nak mempertahankan dia?"
Nah!!! Itu persoalan yang puak - puak Pakatan tu kena jelaskan kepada rakyat. Nak pulak dari kalangan PKR sendiri. Diorang kata diorang tak masuk campur.
Seperti mana yang kita tau, Si Mahasewel tu kena tahan ekoran hasutan yang dibuat sebelum ini tatkala dia menyertai sesi di sebuah dewan Cina.
Video mengenai perkara tersebut juga semakin popular didalam laman Youtube yang jelas menghasut rakyat untuk menentang keputusan Pilihan Raya Umum yang lalu.
Dari apa yang kita dengar, NGO yang turut disertai oleh Si Mahasewel ni merancang untuk buat rusuhan dan himpunan pada 26 Mei nanti.
Dan Si Mat Muka Bulan merangkap Setiausaha Agung PKR telah menafikan penglibatan mereka dalam rusuhan tersebut secara terang - terangan.
Sekarang, dia kena jelaskan. Adakah benar apa yang dia cakap atau ianya hanya satu lagi SANDIWARA Pakatan untuk mencuci tangan dari sebarang isu yang timbulkan kelak? Kalau Tak menipu rakyat sehari memang tak sah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.