Isnin, Mei 20, 2013



Pengistiharan beberapa orang pemimpin Pas yang berpengaruh bahawa Pas memisahkan diri dari konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan dengan kekerasan adalah satu tamparan paling hebat terhadap Anwar Ibrahim yang masih dalam kegilaan hendak menjadi Perdana Menteri.

Mahfuz Omar Naib Presiden Pas cuba melawan arus ini dengan mahu mengikuti langkah Anwar untuk mengadakan perhimpunan haram di negeri Kedah. Tetapi MB Kedah yang baru Mukhriz Mahathir telah menyekatnya.

Dengan tumbangnya Anwarinas  yang telah  membantu mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Pas, Haji Hadi yang juga menikam Nasaruddin dengan menyokong Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden, maka kedudukan Hadi  sekarang adalah goyah,ibarat telur dihujiung tanduk dan goyah menghadapi masa depan yang amat mencabar dari dalam parti. 

Besar kemungkinan beliau  tidak akan dapat mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden pada mukmar Pas November ini.

Sebagai seorang pemimpin ulama yang mementingkan diri, Haji Hadi telah mengikut telunjuk Anwarinas sehingga sanggup membelotkan kepimpinan ulama yang ditajanya sendiri kepada kepimpinan pluralisme yang menghancurkan Pas sebagai parti Islam.

Perubahan ketara adalah kepada suara Pas terutama Harakah dan  Harakahdaily  yang dulunyta memperjuangan ketulinan  Islam tetapi  telah bertukar menjadi suara Anwar Ibrahim dengan dasarnya dikendalikan oleh ejen besar  Anwar. Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai peneraju dasarnya.

Sekali  Kamaruddin Jaafar menulis sebuah rencana atas namanya sendiri tetapi kemudian memadamkan namanya untuk menyembunyikan tangan yang menajiskan Harakah.Saya sempat menyimpannya.

Bila tuntutan supaya Haji Hadi dipastikan menjadi Perdana Menteri timbul di kalangan penyokong ulama  dalam Muktamar Pas yang lalu, Harakahdaily segera menidakannya dengan bijak dengan meletakan gambar  Haji Hadi sedang  menjala ikan dengan  mengatakan Haji Hadi lebih sedia kembali menjadi nelayan dan tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri,

Kenyataan ini bukan dibuat oleh Haji Hadi tetapi Hakarahdaily yang dibawah cengkaman Kamaruddin Jaafar.

Tidak pernah ada seorang ulama Pas yang sanggup menerima penghinaan kepada taraf yang serendah ini kecuali Hadi yang mencatitkan sejarah hitam dan kotor bagi Pas demi untuk kepentingan dirinya.

Dia mendiamkan diri tanpa sepatah penapian sekalipun dihina bagitu rupa. Sebenarnya bukan beliau yang dihina tetapi seluruh kepimpinan  ulama Pas. Itulah sebenarnya pandangan Anwar Ibrahim dan Anwarinas terhadap ulama Pas.

Bagaimanapun keputusan Pilihanraya Umum ke 13 telah men ukarkan suasana politik dalam Pas.Pengunduran diri Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz menunjolkan kepimpinan baru Pas di Kelantan  yang dengan pantas  menunjukan kepimpinan yang berwibawa,tegas dan berdisplin.

Bahawa beliau tidak mempedulikan tunjuk perasaan Husam yang kecewa kerana tidak dilantik menjadi Exco Kelantan setelah kalah pilihanraya walaupun mengetahui bahawa Husam adalah anak mas Nik Aziz, dengan sekaligus membangunkan aura kepimpinan Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz juga telah menunjukan kualiti kepimpinannya yang demokratik  iaitu seteah meletakan jawatannya beliau tidak mahu lagi campurtangan dalam pemerentahan negeri. Beliau tidak mempedulikan Husam tersungkur  atau beliau juga sebenarnya telah terlepas  beban menanggug karinah Husam sekian lama.

Semua yang berlaku sebenarnya menambahkan lagi malapetala yang menimpa Anwar Ibrahim yang sedang setengah gila gagal untuk menjadi Perdana Menteri.Masa depannya sudah tidak sama lama lagi sekalipun cuba ditutupnya dengan kekuatan demonstrasi haram sokongan orang Cina  disana sini.

Perasaan benci orang PAS selain dari gulongan Anwarinas terhadap Anwar  telah terdedah  sekarang. Penyokong Anwarinas dibandar bandar sebenarnya  kecil. Maka itu Pas terguling di Kedah dan Pas kembali memerentah di Kelantan setelah tidak membenarkan kedatangan Anwar.Kalau tidak dia boleh dakwa kerana pertulongannya. 

Terengganu bukanlah kubu Pas seperti di Kelantan. Penyokong penyokong Pas, ahli ahli Pas tidak seharusnya membiarkan orang Terengganu yang telah membawa bala bencana dan menghitamkan sejarah Pas  untuk terus menguasai kepimpinan Pas. 

Kembalikanlah kepimpinan Pas kepada mereka yang lebih berhak dan lebih bermoral dan bukannya mengekalkan dibawah kepimpinan ulama yang  bodoh sombong.

Cukuplah bagi Haji Hadi  menyesatkan Pas dan umat Islam sekian lama, menconteng dasar  negara  Islamisme dengan negara Pluralisme ,menukarkan  kempinan ulama yang diasaskannya sendiri kepada kepimpinan Anwarinas.

Biarlah Haji hadi kembali ke laut untuk menangkap ikan kerana itulah jawatan yang paling layak  baginnya menurut penilaian Parti Keadilan dan Anwar Ibrahim dan Anwarinas

Masih ada Gerai di Pasar Payang Kuala Terengganu yang kosong untuknya menjual hasel tangkapannya. - Zamkata


Ps: Hantu ni biasanya orang takut. Tapi, kalau setakat jadi mayat hidup yang dok ikut telunjuk orang lain, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. chess play pemimpin politik atasan jarang difahami oleh pengikut. pengikut selesa dengan chorus takdir!! takdir!! takdir!!

    BalasPadam
  2. ORANG MELAYU ...ISI MINYAK DI PETRONAS SAJA

    BalasPadam
  3. Jadi mayat hidup utk org lain...bahkan sanggup utk org kafir....

    Berubah menjadi rasaksa uk menghempas UMNO... Apa saja yg anda ajar..suruh..fatwa yg dikeluarkan...itulah yg dibawa ke kubur.

    HULKKKKKKKKK

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping