Khamis, Mei 02, 2013


Hahaha!!! Ingatkan Si Ketua Penipu tu kebal dari sebarang serangan. Rupanya, ada jugak orang yang mampu untuk menjentik telor dia sampai membuatkan dia 'Panas'.

Siapa sangka, Tun Daim yang selama ini dianggap seorang yang pendiam mampu membuatkan Si Ketua Penipu tu jadi macam cacing kepanasan.

Punya la dia angin dengan Tun Daim sampai ke hari ini dia masih tidak mampu untuk memaafkan Tun Daim atas alasan kononnya Tun Daim buat fitnah.
PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, beliau sedia memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad, bukannya bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

"Tuan Daim kata lapan tahun Anwar jadi Timbalan Menteri Kewangan, hari-hari dia beri nasihat," kata Anwar ketika menyampaikan perutusan Hari Pekerja di sini, hari ini. Kedua-dua Anwar dan Daim merupakan anggota Kabinet era Dr Mahathir."

Daim pernah menjadi Menteri Kewangan dua kali. Dalam satu wawancara bersama Berita Harian, Tun Daim memberitahu, sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan, beliau sering meminta khidmat daripada beliau.

Menurut Daim, Anwar hanyalah graduan berkelulusan pengajian Melayu.
"Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan. Beliau juga sering membawa saya ke rumahnya untuk makan tengah hari. Ibu saudaranya memasakkan saya lauk kegemaran saya," katanya ketika diwawancara akhbar itu.
Kan pelik tu? Kalau betul apa yang Tun Daim katakan dalam wawancara sebelum ini satu pembohongan, pasal apa dia tak nak saman Tun Daim?

Kenapa dia setakat berani menyalak kat atas pentas dan buat tuduhan liar tanpa sebarang bukti yang kukuh kata Tun Daim menyeleweng?

Bukan ke Si Ketua Penipu tu cukup terkenal dengan gelaran 'Mat Saman' sebelum ini? Pantang ada orang buat cerita yang bukan - bukan dia nak saman.

Sekarang, kenapa dia tak nak saman Tun Daim tu? Apa yang membuatkan dia hanya mampu terdiam dan setakat pandai menyalak kat atas pentas je?

Jelas, Si Ketua Penipu tu memang 'Panas' bila kena sindiri dek Tun Daim. Hakikatnya, Si Ketua Penipu tu memang cukup takut dengan Tun Daim. Sebab apa? Itu kena tanya Si Ketua Penipu tu la. Kalau kita ulang nanti, takut dia saman pulak!!! Hahaha...
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Anwar benda betul pun dia saman.. apa ada heran dengan samannya.
    Sampai sekarang saman Nalakaruppan tidak berjalan. Takut lajh tu..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping