Isnin, Jun 03, 2013


Berikut disiarkan satu artikel dari blog The Unspinner. SH menggesa pihak berkenaan membuat penelitian berhubung dengan perkara dibawah ini:

Assalammualaikum Ketua Pesuruhjaya SPRM

Saya adalah kakitangan ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. 

Bos saya Azman Awaldin bersama rakan kongsi dia Jacqualine dan seorang lagi rakan mereka telah mendapat kontrak percetakan manifesto BN untuk PRU13 yang lalu.

Tidak ada apa apa yang pelik kalau mana-mana syarikat dapat kontrak secara telus tetapi cuba Tan Sri bayangkan, YAB Dato Sri Perdana Menteri telah bersetuju untuk memberikan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada Utusan.

Logiknya lah kerana Utusan merupakan UMNO linked company dan PM dengan kemuliaan hatinya nak tolong Utusan sebab Utusan ini bukan untung sangat pun.

Tetapi apa yang terjadi, syarikat tempat saya kerja ini di handpicked directly oleh Dato’ Raof dan kuncu-kuncunya seperti Dr. Zuraidi Ishak dan Sdra Nor Azwan Aziz dari Ibu Pejabat UMNO dan menyerahkan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD.

Bukan setakat itu sahaja, Dato Khalid mantan ketua pengarang Utusan Melayu yang sekarang ini merupakan pengarah Kumpulan Komunikasi Nasional atau NCT yang bertanggung jawab sepenuhnya dalam hal ehwal media Perdana Menteri juga telah terlibat sama merencanakan pemberian kontrak ini kepada ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD.

Dan di pejabat PM pula juga berperanan menyakinkan pihak-pihak yang terlibat dalam sandiwara ini. Barang tentu, Utusan akan mempercayai kata-kata mereka ini yang semuanya berada rapat di inner circle PM dan apa yang mereka kata, pastinya pihak UTUSAN mempercayainya sebagai kata-kata PM.

Maka terjadilah sandiwara buku manifesto BN ini.

Saya hanya menyedari perkara ini kerana baru baru ini saya diminta oleh bos saya untuk menyiapkan tutntutan sebanyak hampir RM 90 juta kerana kerja-kerja mencetak manifesto BN untuk PRU13 lalu. Setahu saya, syarikat kami tidak ada lessen percetakan yang diluluskan oleh KDN.

ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. menuntut sebanyak RM12.83/naskah x 7 juta naskah yang dicetak. Sedangkan, apa yang dibayar kepada Utusan hanyalah RM1.17/naskah x 7 juta naskah yang hanya berjumlah tidak sampai pun RM10 juta.

Seperkara lagi, berapalah sangat gaji sebagai pengurus atau pengarah bahagian di ibu pejabat UMNO sehinggakan konco-konco Dato’ Raof ini berupaya membeli rumah tunai dan renovate rumah mereka dengan jumlah tiga kali ganda harga rumah berkenaan.

Sila dapatkan maklumat mengenai rumah Dr. Ruzaidi Isyak dan Nor Azwan Ali. Apa kah mereka-mereka ini tidak tertakluk dengan perintah pengistiharaan harta.

Soalan saya,

1. Kenapa ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD mendapat kontrak tersebut tanpa pun ada lessen percetakan seperti yang ditetapkan oleh KDN?
2. Mengapa Utusan tidak dapat kontrak berkenaan secara direct dari UMNO?
3. Siapa sebenarnya di belakang ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD sehingga berlaku pengkhianatan terhadap Perdana Menteri ke tahap ini?
4. Siapa yang mendapat habuan lebihan RM80 juta itu

Ini satu pengkhianatan terhadap YAB Perdana Menteri.

Mereka yang sangat-sangat dipercayai sudah menjadi “harapkan pagar, pagar makan padi’. Ini mesti dihapuskan kerana mereka semua ini adalah gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.

Surat ini dihantar dengan hasrat supaya satu siasatan oleh SPRM dilakukan dan Tan Sri juga mesti melaporkan hal ini kepada YAB PM. Semua penasihat beliau tidak ubah seperti penasihat 25% dalam cerita P. Ramlee yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kemusnahan.

Sekian, terima kasih
Categories:

2 ulasan:

  1. Assalammual;aikum wmt,

    Wowww! Apa dah jadi dgn ibu pejabat UMNO?
    Kalaulah benar apa yg dikisahkan ini, PM kena bertindak, SPRM juga jangan lupa.

    Ini penyelewengan yg memalukan PM dan SUA Umno.

    Mungkin ada banyal kagi kisah sebegini yg nyata menyebabkan orang Umno hilang kepercayaan kpd parti keramat orang Melayu itu.

    Ya Allah, selamatkanlah UMNO drp penyangak dan penyamun yg bagaikan musang berbulu ayam.
    Aminnnn....

    BalasPadam
  2. Soal aku ... siapakah Perdana Menteri Malaysia sebenarnya ... Najib atau nwar berahi ....
    aku tidak yakin Najib adalah Perdana Menteri Malaysia ...
    Najib hanyalah pelaksana kepada dasar yang dibuat ... dia bukan pembuat dasar ... Dasar dibuat dan dibentangkan oleh Nwar Berahi semasa perhimpunan haram dan ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh PKR.
    Najib mengambil dasar-dasar yang dibentangkan itu dan melaksanakannya dengan penuh kepatuhan.
    Aku ibaratkan Najib adalah pengurus sebuah syarikat... sebagai pengurus syarikat dia perlu patuh kepada arahan presiden syarikat.
    Semakin Najib melaksanakan dasar yang dibentangkan oleh Nwar Berahi ... maka semakin galaklah nwar berahi membuat perhimpunan haram dan ceramahnya ...
    Kenapa Najib melakukan semuanya ... kerana punah tak sihat yang ada dikelilingi Najib hanya copi paste edit apa sahaja yang nwar berahi momokan dalam ceramah ...
    Nwar Berahi seru ... hapuskan ISA ... penasihat copi paste dan edit ... bentang pada Najib ... Najib setuju ... ISA dihapuskan ...
    Nwar Berahi teriak ... dakwat kekal ... penasihat copi paste dan edit serta rancang macam mana nak kaut untung dari bisnes dakwat kekal ... bentang pada Najib ... Najib setuju ... dakwat kekal yang tak berapa nak kekal digunakan ...
    Dalam kempen PRU Nwar Berahi kata ... kita turunkan harga kereta sekiranya kita menang pru ... penasihat copi paste dan edit serta rancang macam mana nak kaut untung dari bisnes kereta ... bentang pada Najib ... Najib setuju ... harga kereta murah menjadi tawaran dalam pru ... digelakan sakan dek pemikir dan perancang strategi pkr ... kerana sebelum ni jenuh dok bincang harga kereta tak leh turun ...
    terbaru Nwar Berahi kata letak SPR bawah parlimen ... penasihat copi edit dan paste ... bentang pada najib ... najib setuju ...
    Aku tengok sekarang ini Najib dikelilingi oleh individu yang copi paste dan edit idea pembankang dan bentang kepada Najib ... dapat kat najib ... terhangguk-hangguk Najib setuju ... sambil menghulur 25% kepada penasihat ...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping