Isnin, Jun 03, 2013


KUALA LUMPUR - Filem kontrversi, 'Tanda Putera' akan ditayangkan kepada orang ramai bermula pada 29 Ogos depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata keputusan itu dibuat oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) hasil daripada mesyuarat bersama jawatankuasanya.

"Saya sudah berbincang dengan Finas iaitu pada 29 Ogos iaitu sebelum sambutan kemerdekaan.

"Saya cadangkan kalau boleh awal lagi, mungkin musim perayaan. Tapi filem itu filem kenegaraan, ceritnya tentang Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail, sudah tentu kalau disiarkan sebelum sambutan kemerdekaan itu lebih sesuai," katanya ketika sidang media di Finas dalam lawatan rasminya di sini hari ini.

Beliau yang hadir ke Finas hari ini dalam lawatan rasminya selaku menteri dengan porfolio baru bersama timbalannya, Datuk Jalani Johari.

Kata beliau, pemilihan tarikh tayangan itu agak tepat berikutan kontroversi filem itu dikira selesai sejurus pilihan raya.

"Sekarang ini, kontroversi itu sudah berlalu dan tidak memberikan kesan kepada pandangan orang sebelum pilihan raya umum dibuat baru-baru ini.

"Jadi saya kira Tanda Putera merupakan satu lagi hasil karyawan filem kita yang patut dilihat daripada perspektif seninya tentang soal bagaimana orang lihat itu berdasarkan tafsiran masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah yang hadir sama memberitahu bahawa tarikh penayangan itu adalah tarikh yang dipohon pihak penerbit dan meluluskannya berikutan tidak mahu lambakan filem Melayu ditayangkan sempena sambutan Hari Raya.

"Tarikh itu sebenarnya tarikh yang dipohon pihak penerbit, jadi kita tidak mahu pada Hari Raya ada tiga filem Melayau akan ditayangkan serentak. Filem Tanda Putera kita klasifikasikan kategori PG 13," katanya.

Filem Tanda Putera diarahkan Datin Paduka Shuhaimi Baba Suhaimi mengisahkan persahabatan di antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei.
Categories:

3 ulasan:

  1. Kit-SIAL boleh berambus selamanya! Apalagi si amat benci-Melayu-oleh-DAP kit-SIAL ini sering buat fitnah keji di media sosialnya pasal 13 Mei 1969 dan allahyarham bapa PM kita. Ramai anak muda professional Melayu dan Bumiputera lain pun, terutamanya dalam PKR, yang semakin bongkak seperti kacang lupakan kulit dan rumpun asalnya (saya percaya ramai yang bukan Bumiputera dalam PKR, pula menyokong DAP tetapi tidak mahu terdedah sebab nak terus membodohkan penyokong Melayu/Islam PKR dan PAS), perlu sedar kembali tentang warisan dan korban berzaman (dari sebelum dijajah British lagi) nenek moyang Melayu/Islam dan Bumiputera lain (saya sendiri tersesat dahulu kerana falsafah Barat yang amat mengasyikkan tetapi penuh kepalsuan, seperti “democracy, equality, freedom dan human rights”).

    Selain dari itu, DS Najib Tun Abdul Razak adalah anak YATIM kepada BAPA KEMERDEKAAN tercinta kita Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein. Saya masih ingat di waktu umur saya dua belas tahun, kami sekeluarga menangis tak henti-henti dengan pemergiannya di usia yang begitu muda - besar kemungkinan, allahyarham bersama allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, diracuni CIA-MI5-Zionis (keduanya di tahun 1973 dan 1976 di usia muda 50an – dan ini adalah “modus operandi” CIA-MI5-Zionis untuk menghapuskan pejuang Kemerdekaan yang nationalis, terutamanya selepas Tun Razak dan Tun Dr. Ismail menubuhkan DEB dan Petronas), sama seperti Allahyarham Presiden Sukarno (juga di tahun 1970 di usia 69 tahun setelah dipenjara selepas ditumbangkan oleh CIA-MI5-Zionis melalui rejim boneka Suharto – terutamanya selepas menubuhkan syarikat petroleum negara Indonesia). Serta penjajah Barat-Zionis, juga bersekutu dengan DAP sebelum itu, untuk meyemarakkan api perkauman Mei 13 1969 demi menjatuhkan UMNO, orang Melayu dan Islam.

    Jadi bayangkanlah, YAB PM Datuk Seri Najib adalah anak yatim - dan sekarang dihina dengan sebegitu kejam, dari kes Altantuya sampai hingga dipanggil dengan panggilan begitu hina ‘syaitan’ oleh DAP di hadapan beribu orang Cina selepas kekalahan mereka minggu lepas, bahkan sampai diugut untuk dibunuh (bersama YAB Tun Dr. Mahathir Mohammad) oleh seorang pelajar Cina muda di Facebook di Sydney, juga memanggil PM kita 'najis' - bahkan biasa gunakan di media-media mereka). Jadi mereka bukan sahaja menghina PM/bekas PM kita ini, tetapi seluruh bangsa Melayu dan Bumiputera lain, yang amat terhutang budi kepada Bapa-bapa/Ibu –ibu Kemerdekaan kita ini, yang bejuang tanpa penat-lelah untuk bangsa, agama dan negara. Hingga kembali ke Rahmatullah di usia muda seperti yang dialami oleh arwah bapa PM, Tun Razak dan Tun Dr. Ismail (bayangkanlah penderitaan keluarga mereka termasuk PM kita sendiri semasa muda).

    Bahkan anak muda sekarang, terutamanya bangsa Cina, diajar bersikap biadap dan amat rasis, oleh DAP; yang amat membahayakan, pada tahap maksimum pada orang Melayu, pemimpin UMNO/kerajaan BN, serta sejarah Kesultanan Melayu dan warisan dan korban berzaman nenek moyang Melayu/Islam dan Bumiputera lain – biar mereka diajar MENGENANG BUDI dan MERENDAH DIRI sebagai pendatang di bawa penjajah Barat-Zionis asalnya!

    MAKCIK Tempurung.

    (PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung" untuk mengelirukan pembaca).

    BalasPadam
  2. Silapnya kerajaan terlalu melayan kerenah pembangkang.sepatutnya Filem Tanda Putera ditayangkan sebelum PRU 13.,bagi menyedarkan generasi muda tak kira melayu,cina,india akan semangat muhibah antara kaum

    BalasPadam
  3. Nak disiapkan keranda...dungdungceng dungdungceng dungdungceng

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping