Jumaat, Jun 14, 2013


Bukan setakat anak Nik Aziz je Si Husam ni tenyeh. Dengan MB Kelantan pun dia sindir jugak. Dia sindir tu depan - depan Menteri Besar Kelantan pulak tu. 

Wah! Makin besar kepala dah Si Husam Kambing ni rupanya ye. Sejak tak jadi Exco 'Tabur Janji' ni, macam - macam pulak perangai hodoh dia keluar.

Sebelum ni, anak Si Nik Aziz tu kata, orang yang buat Himpunan membantah keputusan PRU yang lepas semuanya orang yang gopoh dan tak redha dengan ketentuan Allah S.W.T.

Jadi, mungkin secara tak lansung, Si Husam Kambing ni pun turut terasa macam dia kena perli. Maklum la, dia kan tak dapat terima hakikat yang dia tak dilantik jadi Exco.

Mungkin sebab tu la dia balas balik. Dia sindir la anak Nik Aziz tu depan orang ramai. Kiranya tebal jugak dendam dia ni ye. Tapi, apa boleh buat. Bukan salah dia.

Tengok la siapa yang jadi Tok Guru dia ye tak. Tok Guru dia pun lagi kuat berdendam dengan orang. Jadi, tak heran la kalau anak murid pun ikut jejak langkah Tok Guru. Dengan anak - anak Tok Guru pun dia libas!!!
KOTA BHARU 13 Jun - Selepas berdiam diri selama beberapa minggu kerana tidak lagi dipilih menjadi Exco kerajaan negeri, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa tampil pada perhimpunan pakatan pembangkang malam tadi, dengan mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan tersebut sebagai pengkhianat parti.


Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.



Dalam ucapannya, Husam turut menyindir pemimpin Pas yang menjadi Ahli Parlimen supaya tidak hanya 'mengayuh basikal siang dan malam' di luar Parlimen sebaliknya rakyat akan menilai mereka pada persidangan Dewan Rakyat tidak lama lagi.

"Pada saya mana-mana pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan ini membawa suara UMNO dan Barisan Nasional (BN), saya kena berterus terang di sini. Bayangkan kalau kita tidak kuat kita dianggap angkuh membelakangkan saudara-saudara kita, kalau dalam perang saudara-saudara kita berlumuran darah hasil penipuan tapi kita berdiam diri kerana memang kita pengkhianat.



"Kita harus mencetuskan perubahan politik dalam negara, jangan kerana kita baru menang kerusi Parlimen, mentadbir negeri, kita lupa kepada asal-usul perjuangan kita.



"Kita ada wakil rakyat, dia kayuh basikal siang malam, Parlimen akan bersidang kita nak tengok Ahli Parlimen kita daripada Pas dia kayuh basikal dalam Parlimen nanti, kalau luar Parlimen dia boleh kayuh bukan main hebat, dalam Parlimen kita nak tengok, anda semua akan disaksikan oleh rakyat.



"Kalau pemimpin kita tidak hadir bersama dalam kebangkitan ini mereka telah mengkhianati dakwah yang telah diasaskan oleh pemimpin kita dahulu. Kalau kita berjaya menghimpun orang Cina sehingga berpuluh ribu tetapi pemimpin kita pula tidak ada, ini adalah satu pengkhianatan," katanya ketika berucap pada perhimpunan itu.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping