Seperti mana yang kita semua sedia maklum, puak - puak Pakatan Haramjadah yang diketuai oleh PKR ni memang ada susunan strategi yang terancang.
Gerak kerja diorang ni cukup rapi dan tersusun. Kalau Pelan A tak jadi, diorang dah siap ada Pelan B, C, D, E dan seterusnya. Apa yang penting Pelan tu perlu disusun dengan baik.
Ini semua idea Si Ketua Penipu tu jugak la untuk melarikan diri dari sebarang dakwaan yang dia serta puak - puak Pakatan lain semuanya Pengecut yang Abadi.
Semalam pun kita dah baca kenyataan dari Si Azmin Ali yang menjelaskan bahawa PKR tak pernah sebut nak boikot Majlis Angkat Sumpah.
Itu dah satu bukti yang diorang ni Pengecut dan diorang dah jilat ludah sendiri. Lepas ni, jangan terkejut pulak kalau SI Ketua Penipu tu pun buat kenyataan media yang sama.
Dia akan bagi alasan menyatakan bahawa keputusan untuk Boikot Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Parlimen tu tidak mendapat konsensus dikalangan Pakatan.
Bermakna, agenda untuk memulaukan majlis tersebut tidak dipersetujui oleh parti - parti lain dalam Pakatan. Walhal perancangan tu PKR je yang buat sendiri.
Sekarang, bila semua isu pasal Boikot tu berjaya diserapkan ke dalam minda rakyat dan rakyat pun tak bercerita dah pasal isu boikot, diorang akan guna Pelan B.
Plan B
Jika boikot disifatkan tidak membawa kepada mileage politik, ada beberapa syrategi lain yang sedang diteliti. Antaranya adalah mencari punca untuk menggagalkan majlis angkat sumpah (bukan dengan kaedah boikot; tetapi strategi perundangan lain yang ada dalam Dewan Rakyat.
Strategi sama pernah digunapakai pada sidang 2008. Tan Sri Speaker diasak dengan pelbagai point of order yang lemah, khusus untuk menjadikan sidang gamat dan tidak teratur.
Beberapa orang MP akan memainkan peranan sebagai top provocateur di dalam sidang nanti. Bukit Katil, Padang Serai dan beberapa lagi MP akan berperanan.
Nah! Sekarang kita dah nampak permainan Politik puak - puak Pakatan Haramjadah ni kan? Diorang memang saja je nak timbulkan isu untuk memutar belitkan pemikiran rakyat.
Sama jugak la diorang buat isu pasal 'Blackout'. Isu tu hanya semata - mata untuk mengelirukan rakyat dan mengalih perhatian mereka dari isu yang lebih besar.
Apa isu yang lebih besarnya? Hakikat bahawa Pakatan GAGAL Merampas Putrajaya!!! Itu isu yang besarnya. Mereka yang GAGAL melaksanakan janji mereka kepada rakyat.
Jadi, nak tak nak kena la diorang gunakan Pelan B untuk membuatkan rakyat tidak mempersoalkan mengenai isu Kegagalan diorang tu.
Sekarang, bila Pelan B pun tak berjaya, diorang guna Pelan C iaitu mencipta isu Boikot dengan harapan rakyat pun tak cerita dah pasal isu Blackout. Itu pasal semua pencacai diorang pun dah malu nak guna perkataan 'Blackout' dalam hujah yang diorang buat!!!
kita mesti tunggu dan lihat.da bnyk kali dah aku nengok dorg spin citer.contoh 505.kita sering dimomokn akn ada rusuhan.tp rilek jer aku tgk.red bean punye keje r tuh..korang tukang canang.senang jer keje dorg.diorg da ada isu.lagi kuat dorg melalak.namun pihak mesti bersedia.bersedia bkn tngu masa.sentiasa bersedia..dan kita mesti ingay..lidah kita nih lebih tajam dari mata pisau
BalasPadam