Ahad, Jun 09, 2013


Sekarang, kita tunggu pulak respon dari puak - puak Parti Angguk Saja tu. Kita nak dengar, apa pandangan yang hendak diberikan oleh mereka mengenai isu ni.

PKR dah tolak. DAPigs pulak sibuk nak. Tinggal PAS je yang masih tak bukak mulut mengenai kedudukan Parti Sosialis Malaysia ni dalam Pakatan.

Jika sebelum ini, puas Hadi Awang tu memaki hamun pencalonan pemimpin parti yang dikatakan Pro kepada perjuangan Komunis seperti PSM ni.

Malah, pencalonan mereka bagi kerusi di Kota Damansara juga turut mendapat tentangan dari kalangan ahli - ahli PAS diperingkat akar umbi di kawasan tersebut.

Tetapi, selepas habis Pilihan Raya Umum, Si Khalid Gereja tu pulak tampil dan memberikan kenyataan yang jelas menghentam ahli - ahli PAS sendiri.

Si Khalid tu dengan jelas menghina ahli - ahli PAS di Kota Damansara dengan membuat dakwaan kononnya mereka hanya pandai mereka-reka cerita dongeng.

Apa yang pasti, tindakan Si Khalid Gereja tu bukan sahaja menghina ahli - ahli PAS, tetapi dalam masa yang sama dia menyangkal pendirian Presiden PAS sendiri.

Jadi, sekarang ni ahli PAS diperingkat akar umbi mula menuntut penjelasan dan pendirian PAS terhadap permohonan PSM ni. Jangan pulak bila Si Karpal Whilchar tu dah 'berdehem' PAS mula ketar lutut pulak!!!
GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh terkejut dengan kenyataan PKR menolak permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyertai Pakatan Rakyat.

Karpal berkata setakat ini tiada kenyataan rasmi dari Pakatan atau keputusan tentang permohonan PSM untuk menyertai gabungan pembangkang.

"Pada pendapat saya, permohonan PSM harus dipertimbangkan sewajarnya. MP Sungai Siput Dr Micheal Jeyakumar telah bertanding atas tiket PKR pada pilihan raya menunjukkan PSM menganggap PKR sebagai sekutunya," kata Karpal pada sidang media di Air Hitam hari ini.

Pada Jumaat, media melaporkan permohonan PSM untuk menyertai pakatan pembangkang didakwa ditolak parti komponen.

Menurut Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, PKR, PAS dan DAP telah bertemu sebelum pilihan raya untuk berbincangan mengenai permohonan PSM.

Saifuddin mendakwa perkara tersebut telah dibincang sebelum pilihan raya dan keputusan adalah negatif. Apabila ditanya mengenai alasan permohonan itu gagal, beliau enggan mengulas.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, PAS tidak bersetuju dengan keputusan PKR membenarkan calon PSM bertanding atas tiket Pakatan Rakyat kerana mendakwa parti itu berorientasikan komunis.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Wayang lama berputar semula. Patuh tunduk aje. Ganas dan tegas hanya dengan yang seagama. Bila la pengikut2 PAS nak sedar...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping