Ini petikan dari wawancara yang diadakan oleh pihak media dengan Pesuruhjaya Polis Sabah mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Boleh Datuk ceritakan, daripada proses perbincangan itu, apa yang Agbimudin mahukan?Antara dituntut Agimudin adalah mahu gerombolannya dikenali sebagai ‘Royal Sulu Force’ dan bukan sebagai pihak mewakili Abu Sayaf atau Moro Islamic Liberation Front (MILF). Agbimudin juga menuntut agar orang Sulu tidak diusir keluar dari Sabah di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI). Perkara ini kita boleh tunai kerana proses RCI belum habis.Seterusnya dia minta menemui seorang personaliti dan memaklumkan personaliti itu ada di Kota Kinabalu. Kita cari dan berjaya temui dengan harapan apabila berjumpa, Agbimudin akan lembut hati dan akan keluar dari Sabah.Apakah pihak datuk berjaya temui personaliti itu dan apa keputusan Agbimudin selepas itu?Kita jumpa personaliti itu dan bawa orang ini masuk berjumpa Agbimudin.Selepas itu dia minta berjumpa abangnya, Ismail Kiram. Untuk usaha ini kita juga bawa Datuk Piah dan anak Ismail Kiram, Amir Baha dari Filipina berjumpa dengan Agbimudin. Kita ambil mereka di Semporna dan temukan mereka, namun dia tetap tidak mahu beralah.
Kini rakyat sendiri tertanya - tanya. Siapa 'Personaliti' yang dimaksudkan oleh 'Kawan' Si Ketua Penipu tu? Apa kaitannya mereka dengan 'Personaliti' tu?
Apa hasil perbincangan yang telah diadakan oleh mereka? Dan yang paling penting, apa peranan Si Ketua Penipu dan konco - konco dia dalam isu di Lahad Datu ni?
Sebelum ni diorang jugak yang buat dakwaan kononnya UMNO ada kaitan dengan pencerobohan tersebut. Tapi, sampai hari ini diorang masih GAGAL mendedahkan bukti. Kalau setakat cakap dengan air liur, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.