Khamis, Jun 27, 2013


Satu hari, Mak Andih memanggil Pak Pandir dan diminta tolong untuk membasuh baju kotor yang dah semakin menimbun dalam bakul.

Pak Pandir: Mak Andih, awak pun tau saya ni tak pandai nak membasuh.

Mak Andih: Ala, senang je bang. Awak ikut je langkah - langkah yang saya berikan ni:-

Pertama - Ambik dan rendam dalam baldi. 

Kedua - Masukkan sabun dalam baldi dan penuhkan dengan air. 

Ketiga - Berus pakai berus dawai tu. 

Keempat dan Kelima - Perah dan kemudian sidai pada jemuran.

Maka, Pak Pandir pun ikut la langkah - langkah yang telah diberikan oleh Mak Andih dan membasuh baju dalam bakul tanpa berlengah - lengah.

Hari kedua, Mak Andih memintak Pak Pandir basuh pulak kain yang tersidai didalam bilik air di dapur. Pak Pandir pun ikut langkah - langkah yang Mak Andih bagi tadi.

Masuk hari ke tiga, Mak Andih mintak pulak Pak Pandir basuh lampin anak. Pak Pandir pun menurut arahan isteri dan mengikut langkah - langkah yang diberikan.

Bila tiba hari keempat, anak Pak Pandir terkencing dalam lampin ketika sedang asyik menonton rancangan kartun kegemarannya. 

Mak Andih pun apa lagi. Dia pun mintak Pak Pandir tolong basuhkan anak mereka yang terkencing itu. Pak Pandir menurut perintah dan mengikuti langkah - langkah yang diberikan...

Moralnya: Jangan suka sangat ikut cakap orang tak tentu arah. Akhirnya menyusahkan diri sendiri!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Bangong bengong Badut pembangkang. Hero badut. Kahkahkah..

    BalasPadam
  2. Sdp mulut mung jer kate gitu..mung pier nok nilai org...base akal pendek..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping