Itu hanya satu pesanan ikhlas buat Setiausaha Agung Parti Angguk Saja tu. Bukan apa, takut nanti kalau Pak Mus tersalah cakap, buruk pulak padahnya.
Maklum la. Kita bukan boleh percaya sangat dengan geng - geng dalam Pakatan Haramjadah ni. Masing - masing ada agenda tersembunyi yang tak dikongsikan bersama.
Takut nanti, silap hari bulan keluar pulak satu lagi video Pak Mus tengah tebar roti canai bersama dengan awek sambil pakai singlet putih.
Kot tersalah la Pak Mus keluarkan kenyataan mengenai isu Boikot Sidang Parlimen ni, maka memang itulah nasib yang akan menanti Pak Mus.
Pak Mus kena ingat. Yang keluarkan cabaran sebelum ini bukan calang - calang orang tau. Diorang ni memang Pakar dalam mendedahkan maklumat sulit.
Macam - macam fail diorang ni ada. Macam - macam dokumen yang diorang ni simpan. Bukan setakat dikalangan pemimpin Barisan Nasional je.
Malah dokumen dikalangan pemimpin Pakatan pun diorang ada jugak. Berkotak - kotak katanya dokumen yang diorang simpan tu. Tunggu masa nak bocor je.
Dokumen berkotak - kotak tu pulak diorang dapat dengan cara yang paling HALAL sekali iaitu dengan cara membelinya dari orang - orang tertentu.
Nilainya tak payah cakap la berapa. Kalau setakat duit dalam sampul surat Pak Mus tu rasanya tak cukup nak beli dokumen tu. Jadi, hati - hati ye Pak Mus. Takut nanti ada pulak yang saman Pak Mus!!! Naya wooo!!!
PAS menolak gesaan beberapa NGO yang mahu ahli parlimen Pakatan Rakyat memulaukan sidang Parlimen yang akan bermula pada 24 Jun ini.
Setiausaha agung parti itu Datuk Mustafa Ali berkata, MP PAS akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa, kecuali taklimat Parlimen, esok.Mustafa dalam satu laporan Sinar Harian berkata, tindakan itu selari dengan keputusan mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ini.
"Dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan baru-baru ini, kita telah putuskan untuk tidak menghadiri taklimat Parlimen. Pendirian PAS adalah berdasarkan keputusan ini."Semua MP PAS akan tetap menghadiri sidang Dewan Rakyat seperti biasa. Tidak mungkin kita akan boikot Parlimen, hanya taklimat saja kita tidak pergi," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.