Sabtu, Jun 15, 2013


Macam GAMPANG!!! Itu luahan seorang bekas penyokong PAS yang selama ini mengidamkan sebuah usaha sama diantara PAS dengan UMNO kepada SH.

Hanya semata - mata Hadi Awang sejak akhir - akhir ni cenderung ke arah Kerajaan Perpaduan dan membelakangkan Pakatan, mula la ada orang rasa tak senang hati.

SH sependapat dengan apa yang diluahkan oleh sahabat SH tu. Sebagai seorang bekas penyokong PAS, itu juga yang SH inginkan. Tapi sayangnya, perkara tu terlalu sukar.

Sebabnya mudah. Selagi ada parasit serta Pencacai Si Ketua Penipu tu duduk dalam PAS, maka sampai bila - bila la impian kami takkan mencapai kenyataan. Setakat mampu meleleh air liur aje la tengok orang Islam terus berpecah belah dek kerana Pengkhianat dalaman!!!
“PAS perlu mencari pemimpin tulen dari dalam,” begitulah komen Awang Abdillah yang difokus menjadi isu utama portal FMT. Ciri-ciri pemimpin PAS yang digariskan oleh penulis portal itu berbeza sama sekali dengan Kriteria yang dimiliki oleh Presiden parti itu sekarang,Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

“Ia mampu untuk bercakap tentang peranan sebenar perbankan dan kewangan Islam (dan bukan seperti apa yang sedang diamalkan sekarang) Ia juga boleh menyatakan pendirian dan pelan untuk pemuliharaan sumber-sumber negara, seperti petroleum, hutan dan alam sekitar serta rancangan pekerjaan, pinjaman pelajar, perumahan, pembangunan infrastruktur dan lain-lain lagi. 
Ia boleh bercakap tentang pelan induk kejuruteraan untuk menangani banjir yang melanda pantai timur Semenanjung Malaysia setiap tahun. Ini adalah isu-isu yang merayu kepada semua lapisan masyarakat,” kata penulis FMT. 

Menurutnya, PAS terbukti lemah pada Pilihanraya Umum ke-13 dan paling lemah dalam Pakatan. “Walaupun kedua-dua DAP dan PKR tidak baik, di mana masing-masing memenangi 38 dan 30 kerusi Parlimen, (namun) PAS hanya mendapat 21 kerusi sahaja daripada 73 yang ditandinginya. 
“Mengapa PAS gagal bertarung dengan UMNO pada PRU 13? Sebulan selepas PRU 13, persoalan ini masih menjadi tanda tanya,”katanya. 
Menurutnya, pada PRU itu, PAS telah dikunci tanduk oleh UMNO di kebanyakan kawasan orang Melayu dan PAS hanya dapat ‘bertarung’ dengan baik di Kelantan dan Terengganu walaupun (di Terengganu) parti itu gagal mengambil alih kerajaan negeri. 

Sepatutnya, kata penulis itu, PAS boleh merebut lebih banyak kerusi di kawasan Melayu apabila menyedari sokongan terhadap UMNO menurun pada Pilihanraya Umum ke-12. 
“Tetapi sebaliknya parti itu (PAS) terus bercakap mengenai perkara-perkara agama seperti undang-undang syariah. Mereka gagal untuk menentukan perbezaan antara Islam dan undang-undang syariah, dan warisan sosio-ekonomi serta budaya Melayu. 
Oleh itu,adalah salah bagi PAS menggunakan ajaran Islam sebagai isu politik untuk meraih populariti dalam pilihan raya,”katanya lagi. 
Menurutnya apabila PAS memberi tumpuan kepada hudud sebagai platform politik, parti itu telah membenarkan UMNO mengekalkan populariti dengan memberi tumpuan terhadap isu-isu ekonomi. 
Dan ini sekaligus katanya menyebabkan PAS berada di luar trek apabila ia gagal menangani isu-isu nasional dan ekonomi berkaitan dengan umat Islam.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping