Sabtu, Jun 15, 2013


Kerakusan PKR yang merasakan dirinya tuan dan suka mendominasi dalam pentadbiran negeri, khususnya membabitkan jawatan tertinggi dalam kerajaan, akan membawa kesan negatif kepada kemakmuran Selangor.
 
Penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat sikap dominasi parti berkenaan bakal menguji sejauhmana kestabilan pentadbiran negeri yang turut digalas oleh DAP dan PAS, walaupun ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat itu sering mendakwa mereka 'sepakat'.
 
Beliau yang juga Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata pertelingkahan mungkin wujud disebabkan kelebihan yang ada pada PKR.
 
Beliau berkata demikian mengulas laporan mengenai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengagihkan 10 jawatan exco negeri, iaitu tiga kepada PKR, tiga diberi kepada DAP dan PAS mendapat empat kerusi. 
 
Portfolio MB untuk tiga hingga empat jawatan Exco
 
Namun jika diteliti, ramai yang lupa bahawa Khalid sebagai menteri besar memegang portfolio Kewangan, Tanah dan Sumber Alam, Ekonomi, dan Adat Melayu yang boleh disamakan dengan sekurang-kurangnya tiga hingga empat lagi jawatan exco.
 
Selain itu, Ahli Dewan undangan Negeri (Adun) PKR juga membolot portfolio yang dianggap penting seperti Pendidikan, Pelancongan, Alam Sekitar, Kebajikan, Wanita, Kesihatan dan Sains serta Teknologi.
 
PAS dan DAP pula mendapat portfolio biasa seperti Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Islam dan Perumahan.
 
Kedua-dua parti juga diberikan portfolio lebih ringan seperti Pengurusan Bangunan, Kajian dan Penyelidikan, Belia dan Sukan dan Pekerja Ladang.
 
"Dominannya nampak masih kepada PKR sebagaimana sebelum ini. Tapi kali ini mereka yang paling sedikit kerusi. Sepatutnya yang dominan (exco) sama ada PAS atau DAP. Tapi sekarang ini PKR dominan sebab Menteri Besar dikuasai PKR. 
 
"Sekarang ini apa yang boleh dibincangkan ialah isu kestabilan dalam Pakatan Selangor. Tak tahulah pengaturan yang mereka lakukan akan membawa jaminan kepada kemakmuran Selangor, itu satu lagi isu. Kita tengok dalam tempoh 100 hari pemerintahan mereka, kalau banyak masalah maka itu menunjukkan ketidakstabilan,” kata Azizudin.
 
Beliau menjangka keadaan akan bertambah rumit, apatah lagi dengan kewujudan jawatan pegawai seranta politik yang turut mencalonkan wakil daripada PKR.
 
Sifat 'ketuanan' PKR bakal teruji 
 
Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Zainal Kling berpendapat sifat ketuanan parti tersebut akan teruji pada masa akan datang apabila PAS dan DAP mula menuntut hak masing-masing.
 
"Sedikit masa lagi, pada pandangan saya keadaan akan lebih kecoh lagi kalau PKR tidak melayan kehendak DAP dan PAS. Dan saya fikir PAS dan DAP akan menuntut lagi dalam banyak hal kerana mereka yang banyak menang.
 
"Banyak sekali perkara yang disorok, kata ini arahan Sultan dan sebagainya. Segala ini akan menjadi punca masalah pentadbiran di Selangor pada masa akan datang. 
 
"Sekarang mereka barangkali nak menunjukkan kesatuan mereka, tapi akan meletup pada masa akan datang kerana banyak tak puas hati dan tak dilayan dengan adil walaupun partinya bernama 'keadilan',"ujarnya.

Ps: Mungkin itu semua hanya gimik diorang je. Nak tunjuk kononnya diorang ni tak kena cucuk hidung dengan DAPigs!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping