Selasa, Julai 02, 2013


Huh! Nampak gayanya kemelut perebutan kuasa diantara Si Azmin dengan Si Khalid Gagap ni masih belum selesai lagi rupanya. Kita ingatkan dah tak de masalah dah.

Kalau sebelum ini, Si Azmin tu dengan lantang mempersoalkan perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dan menyifatkannya sebagai amalan Kronisme.

Tapi, akhirnya Si Azmin tu terpaksa juga akur dengan keputusan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu dan membiarkan Khalid kekal menjadi MB.

Namun, itu bukanlah sebab untuk membuatkan Si Azmin tu terus duduk diam dan tidak bersuara lansung. Dia akan guna segala kesempatan yang ada untuk menyusahkan Khalid.

Jika sebelum ini, isu perlantikan Si Siputdin Muka Bulan tu sebagai 'Hantu' dengan gaji sebanyak RM 15ribu sebuan dijadikan persoalan.

Kali ini, isu mengenai pembentangan bajet tambahan pula dijadikan alasan oleh Azmin untuk terus mengkritik pentadbiran Khalid secara terang - terangan.
ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali menegur kerajaan negeri yang menurutnya akan membentangkan belanjawan tambahan berjumlah RM761 juta dalam sidang DUN kali ini. 
Katanya, kerajaan negeri tidak sepatutnya membentangkan belanjawan tambahan itu, kecuali berlakunya krisis ekonomi atau malapetaka besar sehingga menyebabkan unjuran asal tersasar dan menuntut kerajaan menyediakan perbelanjaan luar jangka.

Belanjawan tambahan itu antara lainnya melibatkan RM165 juta untuk menampung bayaran Program Air Percuma, pemberian pinjaman berjumlah RM 413 juta untuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), kata Azmin.

"Jika disemak rekod selama lima tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor, mulai 2008 sehingga 2012, peruntukan perbekalan tambahan yang diminta pastinya dibentangkan lebih daripada satu kali setiap penggal. Malah pada mesyuarat bagi penggal ketiga, peruntukan perbekalan tambahan dibentangkan sehingga tiga kali.

"Teguran saya ini adalah untuk mengelakkan daripada rakyat membina persepsi dan berpandangan bahawa kerajaan negeri tidak dapat merancang penggunaan wang Negeri dengan bertanggungjawab dan pengurusan kewangan yang jujur.

"Apatah lagi, ini adalah mesyuarat pertama penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri," katanya sewaktu menyampaikan ucapan membahas titah ucapan diraja hari ini.
Persoalannya, adakah ini yang mereka kata mereka mampu untuk mentadbir Negara dalam keadaan yang aman dan damai? Sesama diorang pun masih bertelagah sesama sendiri.

Itu bukand ari parti yang berbeza, tetapi dikalangan pemimpin parti sendiri. Pun masih wujud perasaan hasad, dengki dan iri hati. Mujur jugak la diorang tak berjaya merampas Putrajaya. Kalau tidak, alamat jahanam la jawabnya!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Inilah demokrasi yang selama ini ditutup oleh penjajah dan kemudiannya BN. Tujuan Azmin tu bagus le tegur menegur...dalam Islam amalan tegur menegur itu amalan yang dititk beratkan kecuali amalan BN dan suku sakatnya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping