Jumaat, Julai 26, 2013


Apa ke lembek betul Pemuda PAS ni ye? Baru hari ini diorang keluarkan kenyataan kata diorang akan pertahankan Hadi Awang dalam tuduhan 'pil kuda'?

Kenapa tidak dari dulu lagi diorang bangkit mempertahankan Presiden parti itu tatkala dia dihina diatas pentas Kongres PKR dihadapan perwakilan PKR?

Kenapa masa itu Pemuda PAS hanya mendiamkan diri dan seolah - olah menjadikan isu tu sebagai satu isu yang remeh? Sekarang baru diorang nak pertahankan?

Sudah - sudah la bercakap dengan angin ni! Mati hidup semula pun PAS takkan berani nak bersemuka dengan PKR. Demi kerana Kuasa, Pangkat, dan Nama, hidup sampai ke sudah la PAS jadi Pak Angguk Saja!!!
PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Gombak,  Syarhan Humaizi Halim menegaskan bahawa pergerakan itu akan mempertahankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari serangan rakan dalam komponen Pakatan Rakyat. 
Beliau mendakwa, pimpinan dan ahli tidak membela Presiden yang diserang rakan Pakatan Rakyat. 
“Saya ternanti-nanti dan menunggu respon daripada pimpinan PAS yang banyak pengalaman berlatar belakangkan perundangan dan peguam beserta lajnah dan jabatan yang berkaitan undang-undang di dalam PAS, namun setakat ini belum ada. 
“Saya juga menunggu kenyataan pimpinan PAS yang selalunya lantang dalam mempertahankan Pakatan Rakyat dan menentang sebarang usaha yang menjejaskan Pakatan  untuk mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan pengumuman saman tersebut kerana ia jelas menjejaskan Pakatan dan menguntungkan Umno-BN,” katanya hari ini. 
Syarhan berkata demikian dipercayai mengulas saman yang diumumkan  oleh bekas calon PKR kerusi Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin serta dua yang lain akan memfailkan saman fitnah terhadap Abdul Hadi kerana didakwa memfitnahnya. 
Menurut Mohd Shamsul, tindakan saman itu akan dibuat berikutan kenyataan Abdul Hadi ketika berceramah pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 lalu yang mendakwa calon PKR terlibat dalam aktiviti penjualan pil kuda. 
Mengulas lanjut, Syarhan berkata, tidak kira sama ada dia menarik balik atau tidak, ternyata pengumuman saman di saat-saat getir PRK memberi modal kepada Umno BN dan menjejaskan hubungan sesama PR. 
Beliau menambah, jika dilihat pada isu yang dibangkitkan ternyata Abdul Hadi tidak menyebut nama mana-mana individu. 
Sebaliknya dakwa beliau lagi, mengulangi prinsip yang perlu dipelihara agar ahli-ahli PAS bekerja dalam suasana yang baik juga bagi memenangkan calon yang tidak bermasalah.
“Cuba selami hati ahli-ahli PAS yang bertungkus lumus berkerja tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran akan tetapi diletakkan individu yang bermasalah. 
“Di sinilah saya melihat Tuan Guru Presiden terpaksa mengambil tindakan tidak popular untuk bertegas agar keharmonian dalam melaksanakan tugas ini dapat dicapai,” katanya lagi.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping