Selasa, Julai 16, 2013


Tidak dinafikan. Ketika ini Si Nurul Izzah tu mesti sedang berada dalam keadaan yang gundah gulana. Nak berdiri tak boleh, nak duduk tak boleh. Nak baring pun tak boleh.

Serba tak kena dibuatnya. Kepala Lutut dia tengah ligat nak pusingkan isu agar dia dapat melupakan masalah yang dia hadapi pada ketika ini.

Panas punggung tu jangan cakap la. Tu pasal dia tak senang duduk dibuatnya. Hampir - hampir dah kain dia basah. Nak pulak bila dengar berita dibawah ni.

Tinggal kurang dari 24 jam je lagi kes petisyen dia nak diperdengarkan dimahkamah. Malam ni mesti dia tak boleh tidur punyalah. Apa keputusan yang akan diperolehi nanti? Adakah ianya sama seperti keputusan dibawah? Sama - sama kita nanti kan!!!
KOTA BHARU 16 Julai - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan PKR bagi membatalkan keputusan pilihan raya Parlimen Machang yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 pada Mei lepas. 
Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim yang menolak petisyen itu dengan kos berkata, pihak pempetisyen telah gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954. 
Beliau mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000 kepada responden pertama iaitu Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan masing-masing RM15,000 kepada responden kedua dan ketiga itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya serta Suruhanjaya Pilihan Raya. 
Pada PRU13 lalu, Ahmad Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Machang mengalahkan calon PKR, Wan Zawawi Wan Ismail dengan majoriti 805 undi. 
Petisyen itu telah difailkan Wan Zawawi. 
Zamani menjelaskan, kegagalan utama pihak pempetisyen dalam kaedah itu ialah notis kelayakan peguam yang hanya membenarkan peguam Hisham Fauzi mewakili pempetisyen dan bukannya penama lain dan satu lagi alasan adalah hujahan yang tidak menepati kaedah yang sama. 
Pada Rabu lepas, peguam mewakili BN, Datuk Mohd. Hafarizam Harun membantah kehadiran tiga peguam untuk mewakili pempetisyen bagi Parlimen Machang iaitu R. Sivarasa, Latheefa Koya dan Muhammad Afiq Muhammad Noor. 
Menurut Mohd. Hafarizam, ketiga-tiga peguam itu tidak boleh mewakili pempetisyen itu kerana mereka bukan peguambela yang dilantik oleh pempetisyen mengikut Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
Zamani kemudian membenarkan bantahan Mohd Hafarizam itu.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping