Selasa, Julai 16, 2013


Kan orang dah cakap. Bulan - bulan puasa ni pun, puak - puak Parti Angguk Saja tu bukannya peduli sangat dengan dosa pahala ni.

Bagi diorang, Politik tu jauh lebih tinggi kedudukannya dari soal lain dalam kehidupan. Jadi, sebab itu diorang tak kisah sebar fitnah bulan Ramadhan ni.

Sekarang dah terbukti bahawa PAS memang sebuah parti yang membelakangkan soal Islam sebab dalam bulan Ramadhan pun diorang boleh tabur fitnah. Inikan pulak kalau bukan bulan Ramadhan. Lagi rancak la diorang dibuatnya!!!
Tengku Zahrin Che Ku Abdul Rahman meminta pihak yang menfitnah adiknya, Tengku Zaihan Ustaz Che Ku Abdul Rahman (calon BN PRK Kuala Besut) bukan kelahiran Kuala Besut supaya menarik balik kenyataan itu. 
Beliau berkata,  ibunya sendiri semalam telah membuat penjelasan bahawa adiknya itu Tengku Zaihan adalah anak jati Kuala Besut dilahirkan di Kampung Nail, Kuala Besut. 
Tengku Zahrin telah menunjukkan tapak rumah lama ibubapanya di Kampung Nail serta sungai Nail tempat adiknya Tengku Zaihan bermain-main dan mandi-manda semasa kanak-kanak. 
Baru-baru ini, Setiuasaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali menyatakan bahawa calon BN Tengku Zaihan bukan kelahiran Kuala Besut. 
Kenyataannya itu dibuat dalam satu sidang akhbar berasaskan apa yang dia dengar dari orang ramai bercakap. 
Bagi Tengku Zahrin, kenyataan dari ibunya dan keluarganya sendiri adalah kebenaran, mengapa harus dipercayai pihak lain. 
Sehubungan dengan itu beliau berharap pihak tertentu menarik balik kenyataan menfitnah adiknya itu supaya tidak timbul kekeliruan para pengundi di Dun Kuala Besut. 
“Yang benar tepat benar, fakta tidak boleh dipinda lagi,” katanya yang menyatakan bahawa seluruh ahli keluarganya telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan bagi memberi sokongan kepada adiknya Tengku Zaihan, sebagai calon BN untuk memenangi PRK Kuala Besut.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping