Jika semalam kita didedahkan dengan satu perkembangan menarik dari Raja Fitnah PKR, Si Rafizi Jambu tu mengenai kes Sri Sanjeevan ni.
Dia mendakwa kononnya Sri Sanjeevan tu ada maklumat mengenai beberapa orang Pegawai Polis yang terlibat dengan Geng Kongsi Gelap.
Pendedahan yang dibuat oleh Si Rafizi tu telah menimbulkan beberapa spekulasi yang memerlukan penjelasan dari pihak berkenaan.
Rafizi memberitahu bahawa Sri Sanjeevan ada senarai pegawai Polis yang 'sedang disiasat' berhubung dengan dakwaan tersebut.
Soalnya sekarang ni, dari mana pulak Sri Sanjeevan tu dapat senarai nama tersebut? Takkan la senarai tu boleh jatuh dari langit terus atas riba dia kot.
Dah tentu - tentu ada pihak yang menyerahkan senarai tersebut kepada dia. Maka, pihak yang berwajib perlu menyiasat siapa yang buat kerja haramjadah tu.
Apa yang diperkatakan diperingkat bawahan pada ketika ini ialah mengenai niat Sri Sanjeevan menceritakan perkara tersebut kepada Rafizi.
Kenapa dia perlu cerita pada Rafizi mengenai perkara tersebut? Penting sangat ke Si Rafizi tu sampai dia dijadikan sebagai pusat aduan masyarakat?
Apa yang jelas, tindakan Si Rafizi tu mendedahkan perkara tersebut memang dilihat sebagai satu langkah untuk menjatuhkan kredibiliti Polis. Itu sahaja tujuan dia.
Dia cuba nak alihkan perhatian bahawa Pengerusi MyWatch tu ditembak kerana dia sendiri mempunyai hubungan dengan geng kongsi gelap ni.
Sekali pun Sri Sanjeevan ada senarai nama Polis yang terlibat dengan geng kongsi gelap tu, apa yang dia nak buat? Semua pegawai dalam senarai tu sedang dalam siasatan.
Belum pasti lagi sama ada mereka benar - benar terlibat atau pun tidak. Lagi pun diorang ni 'Dalam Siasatan'. Maknanya, sudah ada tindakan yang diambil terhadap mereka.
Lain la kalau mereka yang ada dalam senarai tu tak de dikenakan sebarang tindakan. Itu cerita lain la pulak kan. Jadi, apa isu sebenarnya Si Rafizi tu buat pendedahan semalam?
Kesimpulan yang dibuat oleh beberapa orang sahabat SH semalam menjelaskan bahawa ini semua hanya taktik Si Rafizi tu untuk kembali mencipta nama.
Ini peluang dia untuk naikkan kembali kredibiliti dia seperti mana yang dia pernah buat dalam isu NFC. Maka sebab itu la dia bukak cerita pasal kes Sri Sanjeevan tu.
Jika benar Si Rafizi tu berani, dia sepatutnya awal - awal dah pergi jumpa pihak berkuasa yang berkenaan supaya dapat disiasat mengenai perkara ini. Tapi, apa kejadahnya dia pergi cari media pulak untuk buat cerita yang bukan - bukan!!!
Jika rafizi finah polis bermakna dia fitnah kerajaan xkan KDN bisu kot. Saman la balik
BalasPadam