Selasa, Julai 30, 2013


"Sekarang ini sesetengah pihak dalam PAS sedang bergabung dengan sesetengah pihak dalam Umno nak 'bunuh' aku," kata Mohamad Sabu.

Beliau mengulas laporan yang melarat-larat tentang isu Syiah sejak kebelakangan ini. Mohamad diserang habis-habisan apabila beliau mengunjungi Menteri Wakaf Syria setahun lalu.

Beliau didakwa menyokong kerajaan Bashar di Syria dalam isu pertentangan di negara itu kerana beliau didakwa pengikut Syiah.

Mohamad beberapa kali menjelaskan beliau bukan Syiah tetapi menyokong pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan Iran dan Hizbullah dalam memperjuangkan Islam dan melawan musuh Islam iaitu Israel dan Amerika.

Dalam kes Syria, ketika Amerika membantu usaha menjatuhkan kerajaan Bashar Al Asad, beliau bimbang akan lahir kerajaan boneka Amerika kedua di rantau itu selepas Iraq.

Bagi beliau, dari menjadi boneka Amerika lebih baik mengekalkan kerajaan yang ada dan membiarkan rakyatnya sendiri menentukan kerajaan di sana dari campur tangan Amerika.

Sudah tentu pendirian ini tidak popular di Malaysia kerana kita terdedah hampir setiap hari tentang kekejaman kerajaan Bashar yang membunuh rakyatnya sendiri termasuk wanita dan kanak-kanak.

Kini hampir setiap hari media memainkan isu Syiah. Kononnya Syiah sudah berjaya mengawal beberapa pusat pengajian tinggi dan pemimpin PAS juga diresapi pengaruh Syiah.

Kesan tuduhan ada kaitan dengan Syiah ini juga dikatakan antara sebab mengapa Mohamad kalah di kerusi Parlimen Pendang dalam pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ini ekoran dakwaan yang mengatakan ada unsur-unsur sabotaj di kalangan penyokong PAS sendiri kerana tidak senang dengan label hubungan dengan Iran dan Syiah yang ada pada Mohamad.

Ps: Ironiknya kenyataan Si Mat Syabun ni. Dia boleh pulak bercakap soal 'Hubungan Diplomatik' dengan Syiah.

Tapi dalam masa yang sama, 'Abang' dia, Si Guan Eng tu pandai pulak tuduh UMNO ada hubungan dengan Negara Komunis.

Kan nampak sangat kenyataan diorang ni 'kontradik' diantara satu dengan yang lain? Nampak sangat diorang ni tak sepakat.

Hakikatnya, Si Mat Syabun dan 'Abang' dia, Si Guan Eng tu hanya sekadar nak menutup kemaluan diri sendiri je. 

Yang sebenarnya, diorang memang sokong Syiah dan Komunis ni. Tapi kalau suruh diorang mengaku, mati hidup semula pun diorang takkan nak mengaku!!!
Categories: , , ,

6 ulasan:

  1. Syiah dan komunis sama saja. orang yang menyokong komunis dan syiah juga orang yang sama.

    BalasPadam
  2. http://khairulryezal.blogspot.com/2012/06/apakah-benar-benar-nik-aziz-tidak.html

    Kisah Syiah berjaya masuk di sebuah Expo di Kelantan.

    BalasPadam
  3. Anak Siam Said:

    Mat Sabu kata dia kalah di Pendang sebab Orang siam tak undi dia...heheheheheh awat tak bertanding di Siam ?

    BalasPadam
  4. mungkin dah nyanyuk.. lupa dia bergabung dgn dap nuor utk hapus umno hancurkan umno.. mcm mcm fitnah rekaan citer dia dan gengnya buat utk hancurkan umno..

    mat sabu... gabungan dlm pas utk jatuhkan sape dlm pas???? husam.. gabungan dlm pas nak naik kelompok mana??? mahfuz... gabungan dlm pas sape ketua dlm dan luar pas??? semua.. sape ketua jari telunjuk di luar parti pas???

    mat sabu ingat... sahabat nabi saw tu dah dijamin oleh rasullullah saw sendiri bersamanya dlm syurga... org pas dijamin sape???

    BalasPadam
  5. orang pas dijamin nik Aziz masuk surga. ha.ha.ha.

    BalasPadam
  6. Tengok muka pun dah tahu memang bermuka-muka..... ....sifat munafik!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping