Selasa, Julai 16, 2013


Apa macam sekarang? Rasa - rasa, nak jugak kita tengok apa reaksi Si Khalid Gereja tu terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Abang dia sendiri.

Adakah Si Khalid Gereja tu akan tetap menyokong tindakan terdesak Si Nurul Izzah tu atau menyokong kenyataan yang dibuat oleh abang dia?

Takkan la dek kerana Si Minah Muka Cengkung yang tak reti buat kerja tu sorang, yang lain pun kena korbankan diri masing - masing. Nampak sangat la yang Si Nurul Izzah tu memang suka mementingkan diri sendiri. Tak ubah macam Papa dia jugak!!!
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyifatkan tindakan Pakatan Rakyat menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) dan meminta mahkamah mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum ke13 ( PRU13 ) tidak sah sebagai keterlaluan dan tidak wajar.

Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata tindakan Pakatan Rakyat itu tidak munasabah dan mengambarkan sikap mereka yang tidak konsisten.

Katanya, ada pihak dalam Pakatan Rakyat dilihat menerima keputusan PRU13 tetapi ada pihak yang dilihat seolah-olah sengaja tidak mahu menerima keputusan yang tekah dibuat rakyat.

"Apa yang mereka (Pakatan Rakyat) lakukan ini keterlaluan dan cuba untuk menggugat kestabilan politik negara serta mencerminkan sikap mereka yang tidak konsisten terhadap keputusan PRU3.

"Kalau kita lihat dalam Pakatan ni, majoriti dalam PAS dilihat menerima keputusan PRU13 tetapi dalam PKR dan DAP pula cuba untuk tidak menerima keputusan PRU13.

"Jika mereka tidak menerima keputusan PRU13, kenapa mereka sertai Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut? Kalau tidak boleh dipercayai, pujuk PAS supaya jangan bertanding. Jadi ini gambaran bahawa tindakan mereka bawa ke mahkamah ini keterlaluan dan tidak munasabah," kata Shahrir ketika ditemui di lobi parlimen.

Beliau juga menegaskan Pakatan Rakyat sepatutnya menunggu terlebih dahulu semua keputusan petisyen pilihan raya yang mereka failkan diumumkan sebelum membuat sebarang tindakan lain.

Shahrir juga berkata, jumlah petisyen pilihan raya yang kecil difailkan oleh Pakatan Rakyat mengambarkan tindakan mereka tidak munasabah.

"Kalau jumlah petisyen yang mereka failkan lebih dari separuh jumlah kerusi parlimen saja pun dah kira masuk akal untuk mereka bawa kes ini ke mahkamah dan minta keputusan dibatalkan.

"Tetapi jumlah petisyen yang difailkan untuk kerusi parlimen dan Dun amat kecil, jadi ini sekali lagi memberi gambaran tindakan tidak munasabah mereka," kata ahli parlimen Johor Bahru itu.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping