Selasa, Julai 30, 2013


Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis) menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu menyingkir ahli parti yang terlibat dengan fahaman Syiah hanyalah satu kenyataan retorik.

Timbalan Pengerusinya, Ashiq Elahi dilaporkan Sinar Harian berkata, kenyataan tersebut menggambarkan bahawa parti itu sekadar melepaskan batuk di tangga dalam usaha menepis dakwaan pimpinan parti itu terlibat dengan fahaman Syiah.

“Beliau (Tuan Ibrahim) mengatakan bahawa pihaknya sendiri mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif bagi memastikan seluruh ahlinya tidak terbabit dalam aktiviti seumpama itu (Syiah).

“Persoalannya, setakat mana aktifnya sistem ini sedangkan sebelum ini Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan sendiri mengakui ada ahli Pas yang menjadi Syiah. Jadi, kenyataan beliau hanyalah retorik,” katanya pada sidang media di Hotel Darulaman, semalam.

Beliau yang juga ahli Pas turut menyangkal dakwaan bahawa parti itu mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif.

“Saya tidak pernah tengok pun sistem ini dijalankan. Bahkan, saya tengok dalam Pas sendiri ada yang menyokong ke arah pemahaman Syiah.

“Saya minta beliau perjelaskan apakah sistem yang dimaksudkan itu. Kita tidak mahu perkara ini dilakukan sedemikian kerana ia soal membabitkan akidah,” katanya.

Pengerusi Giptis, Prof. Madya Dr. Abd. Aziz Hanafi dalam sidang medianya semalam berkata Pas perlu mengambil tindakan segera untuk membersihkan parti itu dan ahli-ahlinya daripada ajaran Syiah.

Menurutnya, penularan ajaran itu sukar dikesan kerana pengikutnya gemar berselindung dan bermuka-muka, namun pihaknya percaya keadaan itu wujud.

“Saya mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Pas sebelum ini dan mereka menjelaskan bahawa Pas berpegang teguh kepada Ahli Sunah Wal Jamaah, jika mereka tahu siapa amal Syiah, dia akan ditolak.

“Jadi kenalah bersihkan cuma kalau ada yang berselindung kerana taqiyah (bermuka-muka) yang merupakan senjata ampuh pengikut Syiah ini menyembunyikan diri, kita dapat merasainya daripada kenyataan dan ibadat pengikutnya. Kita risau dengan penularan ajaran ini terutama di kalangan pemuda Islam kita,” katanya.

Dr. Abd. Aziz juga turut menyokong usaha kerajaan mengekang fahaman Syiah di seluruh negara.

Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sehingga kini tiada bukti yang boleh mengaitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar sebagai pengikut Syiah.

“Sehingga kini tiada bukti mereka menganut Syiah sebagaimana yang dituduh,” katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sementara itu dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam, Tuan Ibrahim menegaskan semua ahli Pas mesti berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Jika ada yang menganut fahaman Syiah, maka secara automatik terkeluar daripada menjadi ahli Pas,” katanya lagi.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping