Selasa, Julai 30, 2013


Kebenaran terhadap penayangan filem 'The New Village' perlu ditarik balik sekiranya ia mengagung-agungkan peranan komunis dan mencetuskan provokasi, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata berdasarkan tontonan treler filem itu dilihat seolah-olah ia mengagung-agungkan pejuang komunis dan perkara itu tidak boleh diterima sama sekali.

Ini satu usaha untuk menulis semula sejarah kita dengan mengagung-agungkan komunis yang kita tahu adalah pengganas yang banyak melakukan keganasan di negara kita.

"Walaupun betul komunis lawan British tetapi keganasan itu tidak boleh dimaafkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Ihya Ramadan Parlimen Tapah di Masjid Al-Mukmin, Batu Tiga di Tapah malam tadi.

Khairy mahu kerajaan melihat semula keputusan membenarkan tayangan filem itu.

"Kalau ada orang kata kenapa saya buat keputusan dan kenyataan ini sedangkan saya belum tengok (keseluruhan) filem ini. 

Saya boleh rujuk kepada kes filem 'Tanda Putera', ramai yang tidak tengok tetapi terus menghukum sampai 'Tanda Putera' ditunda dan ditangguh selama satu tahun," katanya.

The New VillageMengenai pemberian kebenaran penayangan filem 'The New Village' yang dilihat begitu mudah oleh pihak berkuasa berbanding 'Tanda Putera', Khairy berkata sepatutnya tidak wajar berlaku 'pilih kasih'.

"Itu yang menimbulkan tanda tanya. Saya akan bawa perkara ini ke Kabinet sebab kita melihat jelas berlaku 'double-standard', trelernya sahaja kita sudah nampak ia mengagung-agungkan pengganas komunis boleh dilepaskan begitu sahaja, sedangkan 'Tanda Putera' kena tunggu satu tahun. Bagi saya ada sesuatu yang tidak kena," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan pendedahan sebuah blog mengenai filem itu yang dilihat mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai 'hero' dan mempersoal bagaimana ia boleh ditayang pada bulan kemerdekaan sedangkan filem 'Tanda Putera', yang mengisahkan perjuangan pemimpin negara dalam mendepani insiden 13 Mei, terpaksa ditangguh tayangan beberapa kali.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. saya tak pernah bangga dgn kata kj.. jika takde pau.. rasanya dia diam menbatu.. byk kes yg melibatkan bangsa melayu dan islam.. mana hanyutnya pemuda umno.. hanya cakap mcm tu..

    jika betul kj utama melayu.. dasar apa yg dah dibuat zaman pak lah.. dasar apa nuor dibebas.. byk pertikaian dasar yg dibuat zaman pak lah.. mana arah melayu zaman itu?? sejarah dah tercatat..

    lihat sikap kj sebelum dan selepas pru???? sibetina regina yg bersikap pro dap dan bersikap ketika kes makan dlm bilik persalinan??? ahhhh begitu byk kejadian... pemuda jadi batu.. hidup utk bola dan sukan aje

    cukup pertaruh bangsa melayu dgn hanya satu dua kata???? saya BERSETUJU DAN SOKONG SEPENUHNYA KJ DITURUNKAN DR KETUA PEMUDA UMNO..... SOKONGGG

    BalasPadam
  2. Sudah terlambat bro nak jatuhkan kj. Duit dan pengaruh dia kpd perwakilan bertambah besar dgn jadi menteri kbs. Satu saja harapan yg tinggal. .umno, pas dan melayu pkr bergabung dan najib beserta kuncu2nya undur dan bagi laluan kpd pemimpin yg ultra melayu yg boleh belasah balik bangsa2 yg kurang ajar dgn kita.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping