Itulah sebenarnya kenapa puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak sangat mahkamah buat deklarasi supaya tidak mengiktiraf keputusan PRU yang diadakan sebelum ini.
Hakikatnya, Pakatan tidak yakin dengan petisyen yang telah mereka failkan ke mahkamah sebelum ini. Mereka tahu yang mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh.
Selama hari ini mereka hanya mengadu domba dengan memperbodohkan rakyat bahawa berlaku penipuan didalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
Tapi, apabila diminta bukti, mereka GAGAL untuk melakukannya. Mereka tidak dapat berterus terang dengan rakyat kenapa mereka GAGAL menampilkan bukti.
Mereka dakwa wujud pengundi hantu seramai 40ribu orang yang terdiri dari kalangan Bangladesh diseludup maksud. Tapi tak dapat dibuktikan.
Mereka tuduh kata berlaku kejadian Blackout dimana bilangan kertas undi telah dicampur untuk memenangkan calon BN. Tapi ianya telah dinafikan.
Mereka tuduh pulak kata berlaku pengundian dua kali akibat kegagalan dakwat kekal yang tidak kekal. Tapi, tuduhan hanya tinggal tuduhan.
Mereka sampai hari ini masih lagi tidak dapat nak buktikan bahawa wujud pengundi yang mengundi dua kali akibat kegagalan dakwat kekal tersebut.
Apa yang mereka mampu lakukan sekarang ni ialah menuduh SPR menipu rakyat dengan jaminan bahawa dakwat kekal tu kekal. Itu sahaja yang mereka ada.
Ternyata, semua itu hanya tindakan terdesak yang dilakukan oleh Pakatan terutama dikalangan PKR kerana ada pemimpin mereka yang sedang tergugat kedudukannya.
Mereka ingat, hanya mereka sahaja yang mampu untuk buat petisyen terhadap orang lain. Tapi mereka lupa, orang pun boleh buat petisyen terhadap mereka.
Petisyen pulak ada bukti yang kukuh. Bukan setakat cakap - cakap kosong je. Maka sebab itu la diorang takut. Dan sebab itu jugak la diorang jadi ketar lutut.
Tak senang duduk dibuatnya sebab tak dapat nak bayangkan bagaimana hidup mereka tanpa sebarang jawatan, pangkat dan kedudukan. Macam mana diorang nak dapat duit?
Itu yang sedang bermain dalam fikiran mereka ketika ini. Itu yang sedang kuat menghantui mereka. Maka sebab itulah mereka jadi takut tak tentu arah.
Dek kerana dua tiga orang yang tengah terkencing dalam kain punya pasal, dah semua orang pulak kena korbankan kedudukan masing - masing.
Tapi, yang herannya, kenapa pulak diorang hanya desak supaya Parlimen sahaja dibubarkan dan Pilihan Raya diadakan semula? Kenapa tak libatkan semua sekali?
Nampak sangat la yang memang terbukti bahawa Pakatan Haramjadah ni memang tak de cara lain dah nak menyelamatkan diri. Demi nak menjaga kepentingan diri sendiri, hak rakyat pun sanggup dikorbankan. Kata nak memperjuangkan rakyat sangat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.