Dikala ini, puak - puak Parti Angguk Saja tu tengah asyik menjaja cerita kononnya pemimpin Barisan Nasional banyak dapat projek sehingga mengakibatkan rakyat terpinggir.
Tapi mereka lupa bahawa calon mereka sendiri juga pernah diberikan projek yang bernilai berjuta - juta ringgit. Kenapa yang itu mereka tak nak pertikaikan?
Malah calon mereka tu dilaporkan mencari makan dengan Rejim PAS Kelantan. Katanya, dia dapat banyak kontrak kayu dari Rejim tersebut. Yang itu tak nak pulak dipersoalkan?
Tapi dalam perkembangan terkini, calon PAS tu mendakwa kononnya dia pernah ditawarkan dengan kontrak bernilai berjuta ringgit untuk tidak menjadi calon.
Kata calon PAS ni, kontrak tersebut terbatal sekiranya dia tetap nak jadi calon PAS. Disebabkan itu, dia tak terima tawaran tersebut dan akan tetap memperjuangkan Islam.
Selama hari ini, bukan ke dia banyak jugak dapat projek dari Kerajaan Barisan Nasional? Pernah ke dia tolak tawaran yang diberikan?
Adakah dia bercakap tu dia ada bukti yang kukuh atau setakat bercakap je guna Kepala Lutut? Kalau sekadar nak mengabihkan air liur, baik tak payah!!!
Dulu, masa jadi ahli UMNO, dapat projek tak nak pulak dia kecoh - kecoh. Sekarang, ada hati pulak nak tuduh orang kononnya nak bagi rasuah pada dia?
Yang selam hari ini dia bedal kontrak dari Rejim PAS Kelantan tu tak apa pulak? Ada ke ianya menguntungkan orang lain? Dapat ke dia buat rumah untuk mereka yang daif?
Tak de jugakkan? Dia masih jugak tak mampu nak membantu golongan daif dikawasan dia tu walaupun dia sendiri duduk dalam rumah besar macam istana.
Nampak sangat la yang puak - puak Parti Angguk Saja tu terdiri dari kalangan mereka yang Hipokrit dan cakap tak serupa bikin. Nyamuk seberang laut diorang nampak, bangkai gajah mati depan mata diorang buat - buat tak tau pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.