Kalau diluar, orang sekarang sibuk cerita pasal kes tembak menembak yang melibatkan pembunuhan. Tapi didalam PAS kini juga berlaku kes 'Pembunuhan Senyap'.
Sama ada sedar atau pun tidak, PAS kini berada dalam keadaan pergolakan yang cukup kronik dan tidak dapat dibendung lagi. Terutama sekali dari saf kepimpinan mereka.
Sama ada sedar atau pun tidak, PAS kini berada dalam keadaan pergolakan yang cukup kronik dan tidak dapat dibendung lagi. Terutama sekali dari saf kepimpinan mereka.
Apa yang sepatutnya hanya menjadi isu dalaman kini sudah bertukar wajah dan menjadi 'Rahsia Umum'. Tiada lagi yang dapat disembunyikan dari pengetahuan rakyat.
Sejak akhir - akhir ini, kita tiba -tiba dikejutkan dengan pelbagai kisah dalaman PAS yang didedahkan melalui laman - laman media. Macam - macam cerita kita dah baca.
Ada yang bercerita kisah penglibatan dan campur tangan Anak Menantu Hadi Awang dalam pentadbiran PAS sejak sebelum Pilihan Raya Umum.
Katanya, penglibatan anak menantu Hadi Awang tu juga turut mendapat tentangan dari kalangan pemimpin PAS sendiri kerana didapati menyusahkan kerja parti.
Salah satu penglibatan yang didedahkan ialah mengenai isu yang berlaku di Kota Damansara dimana PAS dipersalahkan kerana telah meletakkan calon dikerusi tersebut.
Tindakan PAS yang enggan berganjak dari keputusan itu menyebabkan kerusi Kota Damansara jatuh ke tangan BN dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
Hakikatnya, memang wujud agenda sulit dari dalam PAS sendiri yang mendedahkan cerita itu kepada dunia luar. Jika tidak, macam mana orang boleh tau?
Jika sebelum ini, PKR melalui AMK menuduh PAS sebagai pihak yang bertanggungjawab diatas kekalahan bagi kerusi tersebut.
Malah AMK juga turut memburukkan nama baik Hadi Awang dengan menuduh Presiden PAS mendakwa calon PKR ada yang kaki Pil Kuda.
Tidak salah jika kita katakan bahawa gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS ini datangnya dari kalangan orang luar yang bergabung dengan pemimpin PAS sendiri.
Kemungkinan mereka terasa tergugat dengan kredibiliti Presiden yang mampu menyaingi Si Ketua Penipu bagi jawatan Perdana Menteri membuatkan mereka tak senang duduk.
Kemudian gerakan ini dibantu pula oleh puak - puak Anwarinas yang berada didalam parti. Perkara itu tidak mustahil akan berlaku jika dilihat dari satu sudut.
Cuba kita petik kata - kata Si Mat Syabun sebelum ini. Dia kata ada pihak dari dalam PAS bergabung dengan pihak dari dalam UMNO untuk 'Membunuh' dia.
Jadi, tak mustahil jugak jika ada pihak dari dalam PAS bergabung dengan pihak dari dalam PKR bertindak untuk 'Membunuh' Presiden PAS. Tak gitu?
Tinggal lagi, PAS perlu berhati - hati dan mendedahkan siapakah 'Tangan Ghaib' yang bersembunyi dibelakang untuk menjahanamkan parti tersebut. Jangan musuh duduk dalam selimut pun diorang masih tak sedar diri jugak, payah la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.