Hah! Memang elok sangat la tu. Memang bagus sangat la diorang ni nak berbalah sesama sendiri. Dah la dua - dua pun tak buat kerja. Nak bergaduh pulak terang - terangan.
Jika sebelum ini, puak - puak Parti Angguk Saja tu cuba untuk mencipta persepsi kononnya wujud perbalahan dalaman diantara Datuk Seri Idris Jusoh dengan MB Terengganu.
Malah, mereka juga cuba untuk memburuk - burukkan imej Datuk Seri Idris Jusoh dengan menuduh beliau membayangi calon BN yang ditampilkan.
Isu sedemikian kemudiannya dimainkan oleh Husam Kambing dan dijadikan satu isu untuk terus menjadikannya ianya sebagai modal berpolitik.
Pengarah PRK PAS, Datuk Husam Musa melaga-lagakan di antara Idris dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Husam mendakwa Idris masih berdendam dengan Ahmad Said kerana Ahmad merampas kerusi Menteri Besar dari tangan Idris.
Idris menafikan dakwaan Husam yang mengatakan PAS sudah tiada modal sedangkan isu itu sudah lama selesai.
“Kalau PAS menang, Idris yang untung kerana kedudukan Ahmad sebagai MB tergugat,” kata Husam.
Dalam masa yang sama, apa yang dilakukan oleh Si Husam tu tidak dipersetujui oleh Si Din Pudu secara terang - terangan melalui komen yang diberikan.
Mungkin, bagi Si Din Pudu tu, tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai satu tindakan yang tidak beretika dan hanya mencemar bulan Ramadhan yang mulia.
KUALA BESUT: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berbeza pendapat berhubung pendekatan kempen parti yang menggunakan isu kononnya Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh tidak sehaluan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.Beliau berkata mengeksploitasi dakwaan wujud pergeseran Idris-Ahmad sebenarnya bukan strategi kempen parti itu dalam PRK Kuala Besut."PAS tidak akan guna isu itu," katanya dalam sidang media di markas parti itu di Kampung Baharu di sini hari ini mengulas pendekatan penceramah PAS yang memainkan isu kononnya Ahmad dan Idris tidak sehaluan.
Tapi, macam yang SH katakan tadi. Memang padan sangat la diorang berdua tu nak berbalah sesama sendiri. Dah la dua - dua pun tak boleh pakai.
Masing - masing pulak tak reti buat kerja. Yang sorang kecundang nak tawan Johor. Yang sorang lagi kecewa di Putrajaya. Dua - dua melopong tak dapat masuk Parlimen.
Dah la dua - dua orang luar. Datang ke Terengganu pulak bukannya nak membantu. Tapi nak menyusahkan orang. Kalau dua orang ni masih terus kekal dalam PAS, memang bagus sangat la. Lambat laun, memang jahanam la PAS tu jawabnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.