Tak dapat nak dinafikan lagi bahawa PAS memang tak yakin terhadap calon yang mereka sendiri tampilkan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut ni.
Jika sebelum ini, calon tersebut dipaksa mengangkat sumpah dan berbai'ah sebelum dinobatkan menjadi calon. Kali ini, nak bercakap pun tak boleh.
Semuanya gara - gara ketelanjuran calon tersebut mengeluarkan kata - kata sewaktu ditemubual oleh pihak media sehingga menimbulkan isu.
Dalam temubual tersebut, calon PAS mengakui bahawa dia terlalu sibuk dengan perniagaannya dan hanya akan mencari 'Orang Gaji' untuk buat kerja dia.
Disebabkan kenyataan yang cukup hangat diperkatakan itu membuatkan PAS hilang kepercayaan terhadap calon mereka dan mencari orang lain sebagai jurucakap.
Pas memutuskan untuk tidak membenarkan Azlan @ Endut Yusof, calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, membuat kenyataan secara spontan kepada media.Pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut, Hanafiah Mat berkata, beliau sendiri akan membuat kenyataan bagi pihak Azlan."Kita ambil pendekatan ini untuk mengelak kenyataan calon (Azlan) daripada dimanipulasi (oleh pihak musuh)," katanya.Hanafiah menjelaskan, pihaknya berbuat demikian bukan kerana mahu terlalu melindungi Azlan atau menghalangnya bekerjasama dengan media."Dalam keadaan tertentu, calon akan diberi peluang buat kenyataan. Kita cuma tidak mahu kenyataannya dimanipulasi atau disalah erti," katanya.Menurutnya, apa berlaku kelmarin adalah satu contoh kenyataan Azlan disalah tafsir oleh media."Beliau orang baru dalam politik, mudah tersalah cakap ketika menjawab. Sebab itu, lepas ini beliau tidak akan buat kenyataan spontan lagi. Kenyataan akhbar mesti melalui pengurus kempen," katanya.
Itu kata mereka. Yang kita herannya, kenapa pulak sampai tahap itu mereka nak kena ambik tindakan? Bukan ke diorang kata semua itu hanya mainan media?
Diorang jugak yang kata, semua itu hanya telah diolah dan diubah suai serta dimanipulasikan oleh pihak - pihak tertentu. Jadi, kenapa kena ambik tindakan drastik macam ni?
Lagi pun, bukan ke Presiden diorang sendiri dah kata yang video tu besi, tak boleh jadi bukti. Yang diorang nak menggelupor tak tentu arah ni apa pasal pulak!!!
Nampak sangat la yang diorang pun dah terjerat dalam perangkap diorang sendiri. Sendiri pasang, sendiri yang kena. Sebab itu pepatah Melayu ada sebut; 'Kerana Mulut, Badan Binasa'. Sekarang sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.