Itu hanya cakap dimulut dia je beb. Dalam hati kita tak tau. Entah - entah, dalam hati, dia la yang meronta - ronta nak sangat jadi MB ye tak.
Kot kalau betul dia dah 'cemuh', dia dah bosan jadi wakil rakyat, apa kejadahnya dia sibuk nak bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang lepas?
Kalau dah tau bosan jadi wakil rakyat, tak payah la bertanding. Bagi je laluan untuk orang lain. Setakat bercakap je, baik tak payah.
Susah jugak dengan orang tua macam ni. Nak merajuk sokmo. Lepas tu harap la ada orang pulak datang pujuk dia balik. Itu dasar orang tua tak sedar diri.
Hari tu pun dia dah buat dah kenyataan kata tak nak bertanding. Tu semua taktik nak naikkan nama dia je sebenarnya. Setakat nak orang hargai dia.
Macam budak kecik jugak la yang nak dapat perhatian. Jadi dia buat la isu supaya nanti orang akan bersimpati dengan dia. Kemudian, ramai la yang akan pujuk dia balik.
Itu semua taktik dah basi. Semua taktik keji dan kotor yang memang dah menjadi kebiasaan buat puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Dia harapkan orang lain yang angkat dia. Dan itu saja la cara yang dia mampu buat supaya orang terus menyanjungi dia sebenarnya!!!
KUALA BESUT: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang semalam sekali lagi bertegas untuk tidak dipilih sebagai Menteri Besar sekiranya PAS berjaya merebut kerusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.Hadi berkata beliau telah penat menjadi wakil rakyat dan meminta parti memilih calon yang lebih muda dalam memastikan perjalanan pentadbiran serta parti lebih lancar."Saya dah 30 tahun jadi wakil rakyat disitu. 30 tahun lebih, cemuh (bosan atau tidak berminat) dah jadi wakil rakyat."Suruh orang lain, muda-muda lah pula. Tapi mereka kata nak lagi (beliau menjadi wakil rakyat dan Menteri Besar).."Tapi kita nak PAS (memerintah) lagi, nak suruh kerja kuat dengan PAS ni," kata beliau ketika berceramah di Kampung Tok Saboh di sini, malam tadi.Dalam sesi ceramah yang sama sebelum itu, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali meminta agar presidennya menduduki jawatan Menteri Besar sekiranya pembangkang berjaya merampas serta menyamakan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.Kata Khairuddin, pengalaman Hadi sebagai Menteri Besar pada penggal 1999-2004 melayakkan beliau untuk mengisi jawatan tersebut."Datuk Seri Abdul Hadi pernah menjadi Menteri Besar, jadi apabila PAS berjaya dapat 16:16, kita lantik semula beliau menjadi Menteri Besar," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.