Ahad, Julai 14, 2013


PRK Kuala Besut memperlihatkan satu ‘pembaharuan’ dalam kempen PAS.Jika dulu PAS sering menengahkan ciri-ciri ‘Islam’ seseorang calonnya.

Mereka kemudiannya membandingkan dengan calon lawan yang akan dicemuh sebagai ‘kurang Islam’ tetapi kali ini keadaan tampak agak berbeza.

Calon PAS,Haji Enduk @ Azlan Jusoh tidak dicanang sebagai ‘alim’ untuk mengambil hati pengundi, tetapi sebagai ‘kaya’.

Dia seorang kontraktor Kelas A yang juga merupakan Bendahari PAS Besut. Haramkahdaily ada menyiarkan artikel mengenai beliau yang merujuknya sebagai ‘bank’ PAS:
“Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya.Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang ‘bank’ PAS kawasan Besut. “ – HaprakDaily 
Jelas, jolokan ‘bank’ ini diberi bukan kerana tugasnya sebagai Bendahari PAS tetapi kerana perniagaannya yang berjaya dan mampu menderma kepada parti.

Selama ini parti PAS amat gemar mendabik dada dengan ‘kedaifan’ atau ‘kesederhanaan’ pemimpin mereka. Sebolehnya, PAS akan cuba menunjuk-nunjuk bahawa pemimpin mereka miskin tetapi alim.

Tindakan ini menjustifikasi tindakan mereka mengutip derma dari penyokong-penyokong mereka setiap kali turun padang. Tetapi, Kuala Besut menyaksikan PAS berbangga dengan kekayaan pula. 

Azlan dijulang sebagai calon tepat kerana kaya. Tindakan ini seolah-olah memberi ‘permit’ kepada rakyat untuk meminta derma darinya sekiranya dia menang.

Mungkin PAS sedar yang rakyat Kuala Besut bukanlah dari golongan berkemampuan untuk menderma kepada tabung PAS. PAS jelas mengambil kesempatan ke atas perkara tersebut.

Nampaknya, PRK Besut bukan mengenai membuat pilihan antara Si Alim dengan Si Jahil atau Islam dengan kafir sepertimana yang biasa berlaku sebelum ini.

Tetapi pengundi Kuala Besut hanya perlu membuat pilihan antara ‘orang kaya PAS’ dengan ‘orang terpelajar BN’ untuk menjadi wakil mereka. Maka benarlah bahawa PAS telah berubah. Akhirnya, slogan ‘UBAH’ DAP terbukti berjaya mengubah PAS!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping