Isnin, Julai 15, 2013


Rasanya itu lebih baik dari nak membisukan orang yang boleh bercakap. Apa gunanya PAS pilih calon yang boleh bercakap tapi dipaksa supaya tak bercakap?

Jelas nampak sangat yang PAS dah tersalah langkah dan tersilap pilih calon dalam Pilihan Raya Kecil di Kuala Besut kali ini sehingga terpaksa buat tindakan tersebut.

Kalau diorang dah buat kesilapan tu, kenapa diorang tak nak mengaku? Kan itu lebih mudah dari nak keluarkan arahan supaya calon diorang sendiri diarahkan menutup mulut? Kalau dah namanya bengap tu, bengap la jugak!!!
Hari ini akhbar melaporkan calon PAS, Azlan Yusof tidak dibenarkan buat kenyataan media kerana tersalah cakap dua hari lalu bahawa dia akan serahkan tugas wakil rakyat kepada orang lain. 
Semua kenyataan mengenai calon akan dibuat melalui pengurus kempennya, Hanafiah Mat yang juga ADUN Chukai. 
Menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, calon cakap dialek Kelantan, itu yang media salah lapor. Apa yang dicakapnya tidak sama dengan apa yang dimaksudkannya.
Kalau calon sudah tak pandai bercakap, macam mana dia nak berhujah dalam Dewan Undangan Negeri. 
Faktor ini perlu diambil kira 17,000 pengundi yang akan buat penentuan sama ada mahu calon BN yang pandai bercakap  (jurutera) atau calon PAS (kontraktor) yang mampu bercakap di kedai kopi sahaja. 
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menafikan PKR Terengganu memboikot calon PAS. 
Menurut Azmin, pada hari penamaan calon, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail terpaksa menghadiri kes mahkamah di Kuala Lumpur. 
Pada mulanya memang PKR menuntut calonnya diberi peluang bertanding di Kuala Besut tetapi PAS kata ia adalah kerusi milik PAS dari dahulu lagi. 
Malah PAS pernah menang pada tahun 1969, 1974 dan 1999 maka sudah tentu PAS enggan beri laluan kepada PKR bertanding di situ. 
Perbalahan di antara PAS-PKR menguntungkan BN. Sebab itu Tan Sri Anuar Musa berkata Kuala Besut tetap kubu kuat BN. 
“Walaupun Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan, tetapi pengaruh PAS di Kelantan tidak menular ke Kuala Besut,” katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping