Alamak ai!!! Apa dah jadi ni? Habis semua orang berpakat nak kenakan Si Husam Kambing tu dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut ni ke?
Jika sebelum ini, Si Husam tu kata yang puak - puak Parti Angguk Saja tu mempunyai peluang yang sangat tipis untuk menang di kawasan tersebut.
Tapi, hari ini lain pulak bunyinya. Lewat petang tadi, ada sahabat SH memaklumkan bahawa Si Husam Kambing tu dah menghilangkan diri dari Kuala Besut.
Ke mana pulak dia pergi? Dah tak mampu nak kawal keadaan di Kuala Besut ke sampai terpaksa dia cabut lari awal - awal? Takut nanti dia akan dipersalahkan?
Kalau sebelum ini, kita dah baca kenyataan dari seorang lagi Naib Presiden PAS yang jelas menentang kenyataan Si Husam tu mengenai konflik dalam UMNO.
Walaupun tau bahawa konflik itu sengaja diada - adakan oleh puak - puak PAS, namun Si Husam tu tetap jugak berdegil nak gunakan isu tu sebagai modal Politik.
Malangnya, taktik dia tu tak menjadi memandangkan isu berkaitan tidak wujud sama sekali. Sekarang, tiba giliran sorang lagi Naib Presiden PAS pulak tikam Husam dari belakang.
Kalau Husam kata dia tak yakin mampu menang di Kuala Besut, Si Mahfuz Bean ni lain pulak. Dia punya keyakinan tinggi bahawa PAS mampu untuk tawan kawasan tersebut.
"Saya melihat bahawa persiapan jentera itu cukup baik dan mereka telah membentuk jawatankuasa pilihan raya di peringkat negeri dan DUN sebaik sahaja selesai pengkebumian Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar kerana kita tahu sudah pasti pilihan raya kecil akan berlaku."Saya percaya dengan pengalaman atau jentera yang sudah ada semasa pilihan raya umum yang lalu tidak sukar untuk menggerakkan jentera tapi sebaliknya apa yang lebih diberikan perhatian jentera itu akan dibantu oleh jentera di peringkat pusat dan negeri," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Itu kenyataan Si Mahfuz. Hakikatnya, didalam medan perang, kita tahu keadaan semasa. Memang payah bagi PAS nak menang. Nak pulak calon PAS sendiri dah timbulkan masalah.
Maka, tindakan Si Mahfuz Bean ni sebenarnya hanya sekadar nak tutup kemaluan yang telah dibuka oleh Husam dan juga calon PAS sebelum ini. Apa yang dia buat tu hanya setakat nak sedapkan hati je!!! Walhal, diorang dah tau dah diorang akan kalah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.