Sepanjang Pilihan Raya Kecil di DUN Kuala Besut kali ini, tak de pulak kita dengar komen puak - puak Pakatan tu terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya ye tak.
Paling tidak pun, kita dengar diorang bercerita pasal isu dakwat kekal. Diorang mencurigai dakwat kekal tu tak kekal dan ianya boleh membuatkan undi dua kali.
Tapi isu tu pun dah dijawab oleh Timbalan Pengerusi SPR. Malah dia cabar puak - puak Pakatan tu sendiri untuk mengundi dua kali. Itu pun kalau diorang mampu.
Selain dari isu tu, tak de dah isu lain yang kita dengar. Kalau dalam Pilihan Raya Umum hari tu, macam - macam cerita yang kita boleh baca.
Ada cerita pasal 40ribu orang Bangla yang diimport untuk menangkan calon BN, kertas undi yang dah siap ditanda akan diseludup ke Pusat Daerah Mengundi dan sebagainya.
Kalau tak, sebelum ni dah tentu - tentu kita akan dengar cerita pasal Pengundi Hantu. Tapi, dalam PRK kali ni, diorang tak de pulak cerita pasal semua tu.
Senarai daftar pemilih yang mencurigakan pun kita tak de dengar cerita. Kenapa pulak ek? SPR sekarang ni dah lebih bagus dari sebelum ni ke?
Mungkin kah sebab itu mereka tidak mempertikaikan mengenai SPR diatas pentas ceramah mereka? Adakah mereka takut ditempelak balik dengan isu yang sama?
Sebelum ini pun, orang dah cabar puak - puak Pakatan tu. Jika mereka tak percaya pada SPR, maka tak payah la diorang bertanding dalam PRK di Kuala Besut ni.
Andaikata diorang menang dalam Pilihan Raya Kecil kali ini, apa yang diorang akan cakap? Adakah diorang tetap akan anggap SPR tu tak adil?
Kalau kalah, kita dah tau dah apa alasan diorang. Dah tentu - tentu SPR tu jugak yang akan mereka persalahkan. Itu memang alasan standard la bagi puak - puak Pakatan Haramjadah ni!!! Nak harap diorang mengaku kesilapan sendiri, mimpi aje la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.