Rabu, Julai 24, 2013


Hari pembuangan undi yang diadakan pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut hari ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi oleh kedua - dua pihak.

Sehingga jam 2 petang tadi, jumlah pengundi yang keluar mengundi dianggarkan cukup tinggi dan ianya menerima respon positif dari pihak SPR.

Walaupun ada pihak yang cuba mempertikaikan tindakan calon BN yang menunjukkan kertas undinya secara terbuka kepada orang ramai, namun ianya lenyap begitu sahaja.

Heh! Kalau dia tak tunjuk pun, kita tau dah dia undi siapa ye tak. Takkan pulak dia nak undi parti lawan. Memang hilang akal la kalau dia buat macam tu.

Calon BN yang juga kenali dengan nama gelaran Abe Ku turut dilihat mengambil peluang bergambar bersama petugas jentera dari kedua - dua belah pihak.


Namun, yang tenang tak mungkin tak berlaku kekecohan. Mesti la ada drama sikit, baru la best. Kalau ok je sepanjang masa, tak syok pulak ye tak.

Maka sebab itulah ada seorang Pak Lebai ni tetiba nak tunjuk Hero dan menghalang Menteri Besar Terengganu dari menolong seorang warga emas untuk pergi mengundi.

Tapi, MB Terengganu ni pun bukan calang - calang orangnya. Dia pun tau jugak undang - undang dan peraturan Pilihan Raya. Tak pasal - pasal je tu tadi jadi 'songeh' dibuatnya. Tu la. Nak sangat tunjuk handal. Bila kena tenyeh, terus diam!!!

Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping